
Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman, Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), dan menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).
Kita tertanya-tanya bagaimana Najib membuat ukuran sehingga beliau berpuashati dengan pencapaian kementerian-kementerian sedangkan kita lihat secara terang 2 aspek penting dalam KPI iaitu rasuah dan jenayah semakin meningkat.
Indeks rasuah negara kita semakin merudum di mana November lalu Transparency International Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa kedudukan Malaysia telah jatuh ke kedudukan 56 tahun ini daripada 47 tahun lalu, berdasarkan tinjauan 180 negara.
Untuk rekod, Skor Malaysia adalah 4.5 dibandingkan dengan Singapura 9.2 pada ranking 3, Brunei 5.5 ranking 39, Thailand 3.4 ranking 84, Indonesia 2.8 ranking 111, dan Filipina 2.4 pada ranking 139.
Manakala jenayah semakin meningkat. Apakah Najib cuba memutarbelitkan fakta atau sengaja buat-buat tidak nampak terhadap fakta ini.
Inilah yang dikatakan MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI.
Comments