Ustaz Azhar Dato Shukor calon dari AMANAH diumumkan mewakili PH pada PRK Sg Besar kali ini. Pengumuman nama calon akan dibuat oleh Presiden AMANAH Hj Muhammad Sabu malam ini di Sekinchan. Majlis pengumuman nama calon sedang berlangsung.
Azhar,51 yang juga Pengarah Urusan EZ Qurban Sdn Bhd adalah calon tempatan kelahiran Sungai Besar.
Beliau berkelulusan Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian Islam di Jamiah Abi Bakr Islamiyah, Pakistan. Beliau juga adalah bekas guru yang pernah berkhidmat di Maahad Tahfiz Quran Sungai Besar, Penolong Kanan Sekolah Menengah Islam Puchong dan pernah menjadi Penyelia di Maahad Tahfiz Al Mahmudi di Temerloh.
Selain itu beliau berpengalaman dalam mengendalikan program bersama IKIMfm dan TV9 dalam beberapa siri rancangan berkaitan dengan Qurban dan Aqiqah.
Pencapaian beliau di luar negara pernah apabila dilantik menjadi Pembantu Mufti Majlis Tertinggi Kemboja pada 2004.
Pengumuman pengisytiharan calon telah disempurnakan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu yang diadakan di Dewan Sri Sekinchan malam ini.
Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pembangkang DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook selain barisan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan penyokong parti gabungan itu.
Dengan pengumuman Pakatan Harapan malam ini menyaksikan akan berlaku bertembungan tiga penjuru di Parlimen Sungai Besar antara Budiman Zohdi dari BN dan Dr Abdul Rani dari Pas.
Esok Pakatan Harapan akan melakukan pengistiharan calon bagi PRK Kuala Kangsar yang dijangka akan berlangsung di Kota Lama Kanan, Jambatan Sayong.
Pakatan Harapan meletakkan calonnya bertanding bagi dua kerusi parlimen dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar setelah mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan membuat keputusan selepas rundingan dengan Pas menemui jalan buntu.
Comments