KESAL DENGAN TINDAKAN ROSAKKAN HUTAN REKREASI AYER KEROH

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPKBK ), Puhat Bedol mempersoalkan mengapa pihak berwajib menukarkan Hutan Rekreasi Ayer Keroh menjadi Taman Botanikal.

Dalam kenyataanya semalam, Puhat bimbang dengan penukaran status itu kawasan Hutan Rekreasi tersebut akan bertukar statusnya daripada hutan yang memelihara flora dan fauna menjadi menjadi kawasan taman yang tentunya akan merubah lanskap asal kawasan tersebut.

"Kita bimbang flora dan fauna di kawasan tersebut yang sudah lama dikawal dijaga pupus begitu sahaja akibat pembangunan dan projek pembinaan Taman Botanikal tersebut".

DPPKBK menurut Puhat menggesa agar pihak yang berkuasa ke atas kawasan hutan tersebut agar memberi penjelasan tentang isu ini supaya rakyat Melaka tahu dan jelas tentang situasi sebenar.

"DPPKBK berasa terpanggil untuk bersuara atas dasar keperihatinan terhadap keadaan alam sekitar di Parlimen Bukit Katil ".

"Bukan maksud DPPKBK menghalang dan mempertikaikan sebarang usaha pengubahsuaian ke arah penambahbaikan kawasan terbabit tetapi isu dan persoalan yang dilontarkan harus dijawab segera bagi mengelakkan sebarang prasangka buruk terhadap pihak berwajib yang menguruskan kawasan terbabit." kata Puhat.

Baru-baru sebuah blog memuatkan keadaan terkini Hutan Rekreasi Ayer Keroh di mana ianya dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak menyenangkan; gambar - gambar yang dipaparkan di blog tersebut menunjukkan tanah telah ditarah dan aktiviti yang kelihatan merosakkan kawasan sekitar hutan sedang giat dijalankan. Keadaan sudah tentu akan menyebabkan sistem ekologi kawasan tersebut akan musnah.

Comments