KAPAL SELAM DAH JADI BOT?

Laporan media menyebut kapal selam yang umurnya setahun jagung sudah tidak boleh menyelam kerana masalah teknikal. Tetapi jangan risau kalau kapal selam itu tidak boleh menyelam ia boleh jadi bot tidak perlu menyelam.

Ternyata satu lagi episod malang yang boleh ditertawakan orang luar. Bagaimana sebuah kapal selam yang didakwa canggih manggih, belum apa sudah mengalami masalah.

Hal ini bukannya dinyatakan oleh Pengerusi JKKK kampung tetapi diakui sendiri oleh Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Abdul Aziz mengakui bahawa kapal selam tersebut iaitu KD Tunku AbduL Rahman mengalami kerosakan teknikal di mana bahagian yang menyalurkan tekanan air kelur masuk bermasalah, ini menyebabkan ianya gagal dilancarkan di bawah permukaan air.

Ternyata sekali lagi sistem pertahanan negara kita dilihat longgar dan lemah. Macamana sebuah kapal selam yang baru dibeli sudah mengalami kerosakan. Masalah ini sudah tentu akan menyebabkan duit rakyat hangus sekali lagi kerana digunakan untuk membaiki kerosakan ini.

Kalau sebelum ini enjin jet hilang kita ditertawakan orang, kini kapal selam pula tidak boleh menyelam.

Apa nak jadi dengan Malaysia ini. 1Malaysia semuanya bermasalah.

Comments

sam1430 said…
Ironiknya,begitu juga dgn kes Najib Mongolia yg mahu 'ditenggelamkan' juga tak mampu ditenggelamkan sehingga kini.Ia masih juga mahu 'timbul'.