MUHYIDDIN AKUI CINA TAK SOKONG BN

Media hari ini melaporkan Timbalan Perdana Menteri meminta kaum Cina supaya tidak menghukum kerajaan BN tanpa memberi peluang kepada kerajaan membuktikan apa yang dirancang.

Kenyatan Muhyiddin ini membuktikan bahawa BN sedar bahawa masyarakat Cina majoritinya sudah hilang kepercayaan kepada BN khasnya Umno yang ternyata gagal membawa perubahan kepada Negara.

Masyarakat jelas jauh ke hadapan dari segi politik apabila tidak mudah ‘menelan’ apa sahaja yang disumbatkan ke ‘mulut’ oleh BN. Sebaliknya mereka mengkaji dan menilai samada ianya benar-benar menguntungkan rakyat atau memberikan kelebihan kepada golongan tertentu sahaja.

Sebab itulah tinjaun beberapa badan penyelidik mendapati majoriti masyarakat Cina menyokong Pakatan Rakyat lebih-lebih PR melalui kerajaan-kerajaan Negerinya berjaya membawa perubahan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Comments

azreen said…
sebab umno dah sedar yg org cina tu dah cukup besar kepala dan tak bersyukur dgn apa yg kerajaan dah bagi pada mereka...