RASUAH : TAHNIAH DATUK ALI

Saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam kerana telah dibebaskan dari sebarang kes rasuah melibatkan politik wang. Hal ini dinyatakan oleh SPRM hari ini.
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Shukri Abdull dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dalam masa yang sama saya mengucapkan TAKZIAH kepada rakyat Melaka kerana masih mempunyai seorang Ketua Menteri yang jelas didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno. Maka kita di Melaka terus mempunyai Ketua Menteri yang mengamalkan rasuah.
Saya cukup dengan SPRM yang dikatakan hebat, telus dan professional tetapi gagal mencari sebarang bukti bahawa Datuk Ali terlibat dengan rasuah sedangkan bukti-bukti kukuh berjaya diperolehi oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno.
Nampaknya Jawatankuasa Tatatertib Umno lebih hebat dari SPRM.

Saya memohon kepada Pesuruhjaya baru SPRM, Dato' Haji Abu Kassim Mohamad supaya meneliti semula kes ini kerana kita ragu dengan hasil siasatan kes ini.

Sebagai rakyat Malaysia kita mahu SPRM bertindak dengan penuh tanggungjawab, professional dan telus.
Lembaga Disiplin UMNO memutuskan Ali Rustam bersalah kerana terlibat dengan politik wang semasa kempen pemilihan menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2009 di mana beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO , Tengku Ahmad Rithauddeen menyatakan Ali melanggar Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.

Pada 18 April 2009,Adun Kesidang yang juga Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San mengemukakan undi tidak percaya kepada Ali Rustam kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2009. Usul meminta kerajaan negeri Melaka mengumumkan pemilikan harta Ketua Menteri, barisan exconya dan Adun negeri Melaka turut juga ditolak. Usul-usul ini hendak dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka pada 20-23 April 2009 tetapi ditolak oleh Speaker Dun, Dato' Othman Muhamad.

Comments