Beliau yang cukup kesal dengan kejadian tersebut menyifatkan mereka yang terlibat dalam perbuatan itu sebagai kejam dan tidak bertanggungjawab.
Sedangkan menurutnya, pelbagai cara lain boleh diambil bagi mengelak daripada melakukan perbuatan keji membuang bayi yang tidak berdosa itu.
Beliau berkata demikian seperti yang dimuatkan di dalam akhbar Utusan hari ini.
Saya bersetuju dengan cadangan Ketua Menteri itu. Namun saya mengharapkan kerajaan negeri bukan setakat memberi cadangan supaya anak-anak malang sebegini dihantar ke rumah kebajikan tetapi yang lebih penting mencari punca sebenar mengapa bertambahnya anak-anak luar nikah bertambah di Melaka saban tahun.
Ini bermakna zina juga bertambah setiap tahun. Semua orang tahun zina adalah dosa besar dan sudah tentu kita semua terpalit sama dengan kedurjanaan ini. Kerajaan negeri yang berkuasa mesti mengambil tindakan serius bagi mengurang dan membasmi dosa besar ini. Punca-punca maksiat yang mungkin menjadi pendorong kepada zina mesti ditutup dan dihentikan.
Di Melaka terlampau banyak pusat-pusat maksiat seperti premis-premis pelacuran, kelab-kelab malam, pub, dangdut dan sebagainya. Selain itu rumah-rumah urut bercambah dengan banyak. Program-program maksiat iaitu percampuran lelaki dan wanita juga sentiasa diadakan malah ianya dianjurkan sendiri oleh kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan negeri. Konsert-konsert sudah menjadi wirid mereka.
Selain itu tempat rekreasi seperti pantai, air terjun, taman-taman dans sebagainya menjadi tempat anak-anak muda berdua-duaan tanpa segan-silu.
Sudah sampai masanya kerajaan negeri menutup segala tempat-tempat maksiat yang menjadi tempat merebaknya mukaddimah zina dan seterusnya perzinaan ini.
Kita bimbang dengan statistik yang dikeluarkan oleh JAIM baru-baru ini yang menyatakan bahawa 393 anak luar nikah dilahirkan di Melaka tahun 2009 dan 388 pada tahun 2008. Apakah kerajaan ini ingin terus membiarkan perzinaan dan dosa besar ini terus berleluasa. Rakyat negeri Melaka bertanggungjawab dalam hal ini kerana memilih kerajaan negeri BN yang seolah-olah memandang sebelah mata akan hal ini.
Rakyat mesti membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang kerana jelas kerajaan BN gagal dalam menangani isu ini.
Comments
Salam Ustaz,
Saya sekadar nak tahu dan bukan nak mengaib mana mana pihak.
Kalimah ALLAH sekarang ini diwar war kan dan amat sensitif dikalangan umat islam Malaysia.
Soalan saya .
1. Pada logo POLIS ( Crown Polis ) tercatat perkataan ALLAH DAN MUHAMMAD. Samaada di topi dan di talipinggang dan dipakai oleh semua anggota polis baik lelaki perempuan muslim dan non muslim.
kemana sahaja yang mereka masuk atau mereka pergi nama ALLAH DAN MUHAMAD bersama mereka samaada tempat maksiat ,tandas dan sebagainya.
Apa pandangan dan pendapat ustaz atau apa hukum dalam islam jika perkara ini berlaku samaada sengaja atau tak sengaja.
ustaz nor amin on February 12, 2010 10:18 AM said...
Salam terima kasih atas pertanyaan serupasekala.
Jawapan bagi soalan anda ini ialah dahulu saya tidak ingat bila tarikhnya telah dipertikai oleh ulamak-ulamak dalam Malaysia mengenai Nama Allah, Perkataan Allah dan Nabi di logo polis.. Tetapi ini tidak diindahkan dan saya tak pasti masih ada atau tidak kalimah Allah di logo polis.
Sebenarnya tidak menjadi masalah dimasukkan di logo, tetapi menjadi masalah adalah di mereka ini masuk di tempat maksiat, di tandas dan ditali pingang yang terletak di atas kemaluan.. Bagi bagi saya ini tidak dibolehkan, tetapi saya tidak tau pandangan ulamak yang lain. Alasan saya tidak boleh adalah sebab kalimah diletakkan ditempat tidak sepatutnya seperti masuk tanda, tali pinggang, masuk kelab malam dan sebagainya. Jika lain dari apa yang saya nyatakan diharuskan seperti contoh diletakkan di topi, tidak membawa masuk kalimah Allah dan Nabi di tandas dan sebagainya.