ISU PERBINCANGAN TERUS JADI BAHAN BERITA PENGAMPU BN - HATI-HATI

Laporan Utusan Meloya hari ini.
Pas Selangor pada dasarnya bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, cadangan tersebut amat baik sekiranya mampu mengukuhkan perpaduan rakyat dan agama Islam di negara ini.

Bagaimanapun kata beliau, keputusan sama ada kerjasama itu dilaksanakan atau tidak bergantung kepada hasil mesyuarat kepimpinan tertinggi Pas di peringkat pusat.

“Kita (Pas Selangor) nak tahu juga secara lanjut termasuk dalam konteks apa kerjasama yang dicadangkan oleh Nik Abdul Aziz. Setakat ini, kita tidak tahu apa-apa lagi.

“Namun, kita menyambut baik sebarang usaha perbincangan atau kerjasama daripada semua pihak. Ini kerana Pas mengamalkan prinsip yang terbuka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada Pas Selangor bersetuju dengan cadangan Nik Abdul Aziz pada Khamis lalu yang mahukan satu perbincangan dan kerjasama dibuat di antara Pas dan UMNO.

Ia dibuat atas alasan untuk menamatkan permusuhan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti yang mewakili orang Melayu itu.

Cadangan Menteri Besar Kelantan itu turut disambut baik oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu kerjasama itu dilaksanakan dalam semua perkara termasuk hal-hal berkaitan politik dan agama.

Comments

Unknown said…
assalamualaikum...

saya sangat tersentuh dengan ulasan dan penerangan yang telah di berikan oleh tuan. Nampak sangat tuan ni bukan seorang yang pengampu tapi saya sedikit kesal dengan komen tuan yang terlalu banyak menyelahkan orang islam sendiri lebih daripada sahabat seagama sendiri...

ingatlah dalam dunia ni tidak ada seorang pun yang sempurna sehingga langsung tidak melakukan kesilapan dan dosa hatta yang kecil pun...

biarlah kita banyak memperkatakan kebaikan orang lain lebih daripada keburukannya walaupun tak banyak dan janganlah kita memperkatakan keburukan orang lain kerana takut-takut keburukan itu akan datang dalam diri kita yang buruk ini....

Anonymous said…
pencacai geng2 UG dah mula menonjolkan diri....ROSLAN SMS...jd bebas kan senang....bila2 leh kerjasama ngan ummmnoooo....x payah tggu keputusan parti....x pun tubuh jer PARTI UG malaysia...nak berselindung dlam PAS...pastu menyusahkan....