BUKAN SALAH SPRM, TAPI SALAH SIAPA?

Laporan Malaysiakini semalam mendedahkan kebejatan dan kebobrokan pihak-pihak tertentu yang sengaja melewat-lewatkan tindakan atau langsung tidak mengambil tindakan atas siasatan yang dilakukan oleh SPRM.
Semalam Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed berkata siasatan badan itu berhubung beberapa kes berprofil tinggi telah disempurnakan dan kini diserahkan kepada Pejabat Peguan Negara untuk tindakan.

NONEKes-kes itu termasuk yang membabitkan bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo (kiri) dan bekas menteri pelancongan, Datuk Azalina Othman Said.

Beliau berharap keputusan akan dibuat secepat mungkin.

Menurut Abu Kassim, pihak peguam negara perlu menjelaskan kepada panel penasihat SPRM jika tiada tindakan diambil dalam tempoh enam bulan selepas siasatan diserahkani.

NONEBeliau seterusnya mendedahkan bahawa mengikut suruhanjaya baru, apa yang dipendam oleh AG (Peguam Negara) melebihi enam bulan mesti dijelaskan kepada jawatankuasa penilai.
Katanya jawatankuasa penilai mempunyai hak untuk mengetahui

Abu Kassim (kanan) berkata demikian semasa pertemuan sejam antara anggota panel penasihat SPRM dengan pengarang kumpulan Malaysiakini, Steven Gan.
Bagi saya bukan sahaja jawatankuasa penilai yang berhak mengetahuinya tetapi rakyat juga berhak mengetahui mengapa tiada tindakan diambil ke atas orang-orang besar BN ini sedangkan pelbagai dakwaan dan aduan di buat.
Selagi perkara ini tidak dilaporkan atau dibentangkan kepada rakyat dengan segala bukti dan faktanya selagi itulah rakyat tidak akan berpuashati.

Comments