SELESAIKAN DENGAN BAIK JADI JADI MAKHLUK PEROSAK JAMAAH

Budaya adu mengadu nampaknya semakin menjadi-jadi. Banyak masa dan tenaga dihabiskan untuk menyelesaikan aduan dan tohmahan di dalam PAS.
Hari ini satu lagi aduan di hantar ke Pejabat Agung tentang dakwaan beberapa pimpinan PAS yang dikatakan melakukan kesalahan kepada parti. Untuk membuat tidak salah, malah ianya termaktub dalam perlembagaan parti. Namun budaya adu mengadu tuduh menuduh ini bukannya budaya yang baik di dalam jemaah Islam seperti PAS.
Alangkah baiknya jika kita boleh berbincang dan bermuzakarah secara berdepan dan berhikmah. Itu lebih mudah dan Insya Allah akan mendapat keberkatan. Lebih baik dari kita menembak di dalam media dan sebagainya.

Saya bimbang budaya ini dicipta oleh ejen-ejen musuh yang sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan perpaduan dan ukhuwwah dalam parti. Saya bimbang talibarut musuh berjaya menyelinap masuk dalam otak ahli-ahli dan pimpinan jemaaj sehingga budaya mungkar ini menjalar dalam jemaah dan akhirnya menjadi anai-anai untuk merobohkan jemaah.
Saya merayu supaya segenap ahli dan pimpinan parti supaya memuhasabah diri masing-masing. Tepuk dada tanya iman apakah sesuatu tindakan yang kita lakukan menguntungkan jemaah atau sebaliknya merugikan jemaah.
Jangan nanti kita berbalah, musuh seronok menjadi penonton dan menangguk di air keruh. Akhirnya kita dan jemaah yang musnah.

Comments

ahli yg kecewa said…
saya menyalahkan pimpinan ajk pusat kesemuanya kerana biarkan masalah ini timbul.

dari awal lagi bila presiden melantik hampir semua jawatan lantikan pusat kepada org terenganu,masa itu sepatutnya ajk pusat memberi nasihat keras kepada pres supaya batalkan hasrat itu jika tidak mahu parti bermasalah.

yg kedua membiarkan tim presiden menasihatkan presiden melantik PJ negeri mengikut acuannya.

saya pasti tuan faham apa saya maksudkan.

kami ahli yg bermaklumat ini sedar apa yg berlaku.

soalnya kenapa pihak presiden buat "pekak" dengan rintihan kami ini.

tak siarkan pun its ok,tapi tuan tahu apa yg saya katkan ini.jangan ingat ahli pas seperti umno,kami mahu perubahan juga.

lagi satu tolong beritahu ust nasa,hentikan kerja2 beliau terhadap YDP kawasan,dia telah pun berjaya mempengaruhi jhampir semua YDP menyebelahi dia.kami yg naik menyampah itu saja tuan.maaf kasar bahasa saya .
Anonymous said…
x kan x kuar komen gua bro...lu takut ker tembelang lu pecah..