.

.

28 March 2012

GEMPAR : ADUN MELAKA DITANGKAP RASUAH, BILA NAK AMBIL TINDAKAN

Seorang ADUN Melaka didapati melakukan rasuah. ADUN tersebut ialah ADUN Bukit Baru yang didapati melakukan rasuah tidak lama dahulu. Beliau didapati bersalah kerana melakukan rasuah kepada perwakilan Umno menjelang pemilihan kepimpinan Umno tidak lama dahulu.

Bukan beliau sahaja pembantunya juga didapati bersalah.

Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin Umno yang dipengerusikan Tengku Ahmad Rithaudeen mendapati ADUN Bukit Baru bersalah. Kesalahan rasuah amat berat. Namun ADUN Bukit Baru tidak pula dihadapkan ke mahkamah kerana mungkin bagi Umno kesalahan rasuah wang semasa pemilihan partinya adalah halal di sisi agama dan undang-undang negara kita Malaysia.

Maka sehingga ke hari  ini Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Presiden Umno tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap ADUN Bukit Baru. Beliau masih memegang jawatan yang penting dalam kerajaan negeri Melaka.

Blog ini yakin Mohd Ali Rustam sangat mengenali ADUN tersebut malah beliau sudah tentu tahu apa kesalahan yang dilakukan oleh ADUN tersebut tetapi mengapa beliau tidak mengambil tindakan ke atas ADUN Bukit Baru yang terbukti bersalah.

Hari ini Mohd Ali mencabar PR supaya menamakan ADUN yang didakwa ditangkap di pusat maksiat dangdut. Blog ini tidak mahu menamakan ADUN tersebut  TETAPI Blog ini hendak memberitahu Mohd Ali bahawa beliau mengambil tindakan terhadap ADUN Bukit Baru yang dibuktikan bersalah melakukan RASUAH tidak lama dahulu.


1 comment:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter