DEEPAK MENCARI NAHAS!!!

Pendedahan demi pendedahan dibuat oleh Saudagar Karpet mantan kawan baik Rosmah. Macam-macam perkara sulit dan 'high profile' didedahkan oleh Deepak. Najib dan Rosmah kelu diam membisu tidak menjawab dakwaan Deepak.

Satu demi satu pendedahan di buat, semakin hari semakin berani Deepak membuat tuduhan dan dakwaan. Ianya bukan dakwaan kedai kopi tetapi Akuan Bersumpah (SD) yang termaktub di bawah akta dan undang-undang.

Malangnya pihak Polis, SPRM dan lain-lain pihak berwajib diam membisu tiada tindakan dibuat ke atas dakwaan Deepak. Kita menggesa pihak Polis dan SPRM supaya segera bertindak kepada pihak yang didakwa oleh Deepak. Atau jika Deepak berbohong dan memfitnah pihak Polis dan pihak berkuasa mesti mengambil tindakan ke atas Deepak kerana memalukan pemimpin, pegawai dan negara Malaysia.

Timbul satu lagi persoalan. Mengapa Deepak tiba-tiba begitu berani mendedahkan 'rahsia besar' yang tertutup rapat sebelum ini. Mengapa tiba-tiba Deepak menjadi anak jantan dan 'pahlawan gagah' berani mendedahkan semua itu.

Siapa di belakang Deepak?

Apakah Deepak ada agenda tersembunyi bukan bertindak secara sendiri, ada pemangkin di belakang beliau? Siapalah agaknya orang itu?

Apa puncanya semua ini? Apakah Deepak dibayar? Siapa sponsor Deepak?

Namun perkara yang paling PENTING mesti DIBERESKAN ialah APAKAH PENDEDAHAN DEEPAK INI BENAR? PIHAK BERWAJIB MESTI SIASAT ORANG-ORANG YANG TERLIBAT DENGAN PENDEDAHAN DEEPAK!!!!!!!!!!!!!


                

Comments