PENAHANAN SENATOR AUSTRALIA : HISHAMUDDIN MENIPU LAGI

Setiap kali ada perkara besar berlaku dalam negara, pemimpin negara tidak berani bercakap benar. Sebaliknya seringkali berbohong dan menafikan fakta sebenar.

Malangnya kenyataan mereka keluarkan semuanya tidak munasabah dan menjadi bahan lawak jenaka yang kelucuannya lebih hebat dari  Raja Lawak Mega.

Kalau mereka masuk pertandingan lawak sudah tentu mereka akan menang dengan mudah. Lawaknya bukan sahaja melucukan malah memperbodohkan diri mereka sendiri.

Hari ini seorang Senator Australia iaitu Nick Xenophon ditahan di lapangan terbang di Sepang pagi tadi.

Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein menyatakan bahawa penahanan itu tiada kaitan dengan unsur politik dan dibuat mengikut "undang-undang".

Beliau berkata, langkah itu sesuatu yang biasa yang turut dilalui oleh rakyat Malaysia yang ke luar negara, lapor Sinar Harian hari ini.

"Saya difahamkan oleh Ketua Pengarah Imigresen pagi tadi, beliau masih ditahan. Ini isu imigresen, dan ini perkara biasa rakyat Malaysia juga melalui perkara yang sama dan tidak dibenarkan masuk. Tidak ada yang istimewa pada dia ( Xenophon).

"Penahanan ini juga tiada unsur politik. Saya percaya penahanan itu mengikut undang-undang," katanya selepas berucap pada Majlis Jelajah Anak Malaysia dekat Putrajaya pagi tadi.

Menurut beliau, spekulasi yg mengatakan penahanan Xenophon adalah kerana beliau dianggap musuh negara adalah tidak benar.

"Tidak perlu buat spekulasi. Ini perkara biasa jangan putar belitkan keadaan.

"Kita ambil tindakan mengikut undang-undang. Pihak imigresen akan selesaikan perkara ini," katanya.

Xenophon telah dihalang daripada memasuki negara ini oleh Jabatan Imigresen.

Comments