Perdana Menteri Najib Razak hari ini mengulangi bahawa persembahan penyanyi popular Korea di majlis rumah terbuka anjuran BN Pulau Pinang semalam tidak menggunakan wang rakyat.
Dalam tulisannya di Twitter, Najib juga menyebut, individu yang hadir juga tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menyaksikanpersembahanitu.
"Persembahan Psy tidak melibatkan duit rakyat langsung. Orang ramai juga tidak dikenakan bayaran untuk menyaksikannya," katanya.
Najib bagaimanapun tidak menamakan pihak yang bertanggungjawab menanggung kos untuk persembahan artis itu.

Identiti pihak berkenaan, yang didakwa dirahsiakan itu, mencetus spekulasi memandangkan penajaan berkenaan dianggarkan melibatkan jumlah lebih RM1 juta.
Namun begitu alangkah baiknya jika duit RM1juta itu digunakan untuk membantu rakyat miskin atau menyelesaikan masalah air di Parlimen Pekan atau tempat lain, membina rumah untuk rakyat yang tiada rumah dan macam-macam lagi.
Mengapa Najib sanggup membazirkan wang yang begitu banyak untuk mencari publisiti murah untuk BN dan dirinya. Akhirnya diri sendiri dimalukan oleh rakyat apabila pengunjung terang-terangan menolak BN bila Najib bertanya 'Are you ready for BN?'.

Comments