TERDESAK : DEWAN MASJID PUN MEREKA GUNA UNTUK PROGRAM UMNO

Umno Melaka memang terdesak. Masjid pun mereka cemarkan dengan program politik. Mereka sering menuduh PAS dan PKR mencemarkan masjid tetapi hakikatnya Umno lah yang sering menggunakan prasarana masjid untuk program dalaman dan luaran mereka.

Baru-baru mereka bukan sahaja mencemarkan masjid-masjid dan surau-surau kampung malah masjid negeri iaitu Masjid Al Azim pun mereka 'kidnapped'. Auditorium Masjd Al Azim digunakan untuk program penerangan Umno Melaka (gambar).

Program tersebut ialah Majlis Pelancaran Jentera Kempen dan Ceramah Umno peringkat Negeri Melaka menjelang PRU 13 anjuran Biro Penerangan Umno Melaka pada 7 Februari 2013 jam 9.00 malam.

Kita minta Ketua Penerangan Umno Melaka, Idris Harun dan Pengerusi Perhubungan Umno Melaka, Ali Rustam menjawab isu ini.

Comments