ALI RUSTAM LANGGAR FATWA ZAKAT MELAKA

Setiausaha Perhubungan PAS Melaka, Asri Shaikh Abdul Aziz menyelar sikap Kerajaan Negeri yang melanggar Fatwa Negeri Melaka yang tidak membenarkan wang lebihan zakat disalurkan kepada golongan bukan asnaf.

"Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak lama dulu mengaku bahawa Kompleks MAIM berhampiran Masjid Al Azim dibina menggunakan wang lebihan zakat Melaka."

"Ianya berjumlah RM13.5 juta. Beliau berkata wang lebihan zakat itu dipinjam untuk membina bangunan tersebut." ujar Asri yang juga Penyelia Dun Lendu.

Asri berkata kenyataan ini bukan tuduhan dan fitnah, tetapi ianya kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Ketua Menteri dalam ucapan beliau pada satu majlis tidak lama dahulu.

"Persoalannya kini apakah wang lebihan zakat boleh disalurkan kepada selain dari asnaf" soal Asri.

Asri mendedahkan dokumen yang diperolehi dari e-fatwa negeri Melaka yang jelas dinyatakan wang lebihan zakat tidak boleh disalurkan kepada selain dari asnaf yang lapan.

 (klik atas imej untuk membacanya).


Sila teliti betul-betul e-fatwa di atas.

Item No.2 - Penggunaan dan Perbelanjaan lebihan agihan zakat tersebut hanya untuk lapan asnaf yang layak menerima zakat pada tahun yang berikutnya dengan menaikkan kadar bantuan agihan bagi setiap asnaf pada tahun tersebut.

"Jelas sekali wang lebihan zakat ini telah diselewengkan dengan menyalurkan wang tersebut kepada bukan asnaf yang layak."

"Rakyat Melaka mesti mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang berani melanggar fatwa tentang wang lebihan zakat ini." tambah Asri.

"Kalau wang zakat pun mereka selewengkan bagaimana pula dengan wang yang lain"? soal beliau sekali lagi.

Comments