BN menjadikan wang kerajaan/rakyat macam harta mereka sendiri. Mereka mengaku seolah-olah duit itu duit Umno/BN. Sebab itu mereka berkempen mengundi BN sebelum menyerahkan bantuan itu kepada rakyat.
Rakyat wajib sedar bahawa bantuan 'one off' itu hanyalah bantuan jangka pendek yang boleh habis dalam jangkamasa yang pendek. Wang RM1000 itu boleh dibelanjakan sekelip mata sahaja.
Cuba bandingkan dengan tawaran PR dan program yang telah PR jalankan di 4 buah negeri yang diperintah PR sejak 2008.
1) Tawaran menurunkan harga minyak. Bayangkan jika harga minyak diturunkan 50 sen. Sehari berapa banyak minyak yang tuan-puan gunakan. Seminggu, sebulan, setahun dan seumur hidup berapa banyak wang tuan-puan boleh diselamatkan. Malah kos pengeluaran produk dan kos perkhidmatan boleh dikurangkan dan ianya boleh menyumbang kepada penurunan harga barangan dan penetapan harga barang tanpa kenaikan. Jauh lebih banyak dari BR1M.
2) Pendidikan percuma dari sekolah tadika hingga universiti. Cuba kira berapa banyak wang tuan-puan boleh diselamatkan dengan kos pendidikan percuma. Seorang pelajar terpaksa membelanjakan minima RM60,000 untuk Ijazah pertama. Jika anda ada 4 orang anak maknanya wang anda dan anak anda dapat diselamatkan ratusan ribu. Itu belum dikira dengan yuran sekolah, kolej dan sebagainya. Jauh lebih banyak dari BR1M
3) Tol dihapuskan. Penghapusan bayaran tol sudah tentu mengurangkan kos pengangkutan barangan dan seterusnya menyumbangkan kepada penurunan harga dan penetapan harga barangan. Bagi pengguna lebuhraya sudah tentu mereka dapat menyelamatkan banyak wang mereka seumur hidup. Contohnya dari bayaran Tol dari Ayer Keroh, Melaka ke Sg Besi berjumlah RM12.40, jika dua hala RM24.80. Jika 10 kali ianya sudah berjumlah RM248.00, jika seumur hidup??? Jauh lebih banyak dari BR1M.
4) Penurunan harga kereta. Harga kereta di Malaysia adalah 2 kali ganda harga sebenar kerana cukai yang melampau-lampau yang dikenakan oleh kerajaan BN. Jika separuh harga kereta sekarang diturunkan bermakna ansuran bulanan kereta anda akan diturunkan separuh. Bayangkan berapa banyak wang yang anda boleh selamatkan dan simpan. Jauh lebih banyak dari BR1M.
Program yang telah dijalankan oleh kerajaan PR di 4 buah negeri :-
1) Air percuma di Selangor. Setiap bulan kerajaan Selangor memberikan kira-kira RM11 bayaran air percuma atau 20 meter padu. Setahun RM132. Kalau sepuluh tahun jumlahnya RM1320. Kalau seumur hidup ........sudah tentu jumlahnya jauh lebih besar dari RM1000 BR1M kerajaan BN.
2) Takaful Kifaalah/Khairat Kematian. RM2,000 diberikan kepada waris si mati selepas kematian waris mereka. Lebih besar dari BR1M.
3) Tabung Warisan Anak Selangor. RM100 setiap kelahiran. Selepas 18 tahun ianya dijangka meningkat menjadi RM1000 lebih.
4) Geran tanah, penurunan cukai pintu dan sebagainya.
............dan banyak lagi tak larat nak tulis daaa....
Gambar di atas sekadar hiasan...gambar Penyelia Parlimen Masjid Tanah.
Comments