NAJIB KENA BOMOH DENGAN ROSMAH?

Najib kena bomoh dengan Rosmah. Malah bukan Najib seorang, Pak Lah, menantunya Khairy pun kena bomoh dengan Rosmah. Ini bukan blog ini yang tuduh tetapi kawan baik Rosmah iaitu Deepak Jaikishan saudagar Karpet yang menceritakan hal tersebut di dalam buku terbarunya ' The Black Magic Woman'

Siapa The Black Magic Woman itu, entahlah teka sendirilah?\\

Sila siasat dan dakwa Deepak dan haramkan buku itu kalau Deepak berbohong. Bukan susah negara kita ada undang-undang. Lebih-lebih lagi kalau dakwaan itu dibuat kepada 'musuh' pebesar negara sudah tentu orang itu boleh didakwa pada bila-bila  masa pun.

Hebat Black Magic Woman itu ya. Semua orang dia boleh bomohkan. Patutlah kita lihat ada yang didakwa kena bomoh itu macam lembik dan dayus.

Siapa bomoh itu, dari mana dan berapa bomoh itu. Sudah tentu ratusan ribu kalaupun tidak jutaan. Deepak tak makan komisen ke?

Tak lama lagi Deepak pula kena bomoh. Mungkin tak makan dengan bomoh India, Deepak akan dibomohkan dengan bomoh Siam mari punya.

Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa  Deepak Jaikishan akan memfailkan saman bernilai RM3 bilion terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik Datuk Nazim Razak serta kerajaan Malaysia minggu depan.

"Kita berharap segala dokumen akan disiapkan Isnin ini dan difailkan di mahkamah," kata beliau dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today hari ini.

Saman ini dibuat ekoran kegagalan mereka mempastikan projek yang diberikan kepadanya berjalan lancar sedangkan wang sudah dibayar kepada mereka.

Besok, katanya, buku kedua beliau bertajuk 'The Black Magic Woman' akan dilancarkan.

Ia mengandungi pelbagai cerita tentang isteri perdana menteri yang pernah menjadi rakan perniagaan beliau selama lebih lapan tahun sebelum ini.

Menurut Deepak dalam wawancara itu, Rosmah bukan saja menggunakan bomoh ke atas suaminya bahkan juga ke atas bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya Khairy Jamaludin.

Hanya Tun Dr Mahathir saja yang terselamat, dakwa Deepak.

Comments