SAMBUTAN TAHUN BARU : NAJIB PATUT LETAK JAWATAN KALAU DIA ADA MARUAH

Najib dimalukan pada Program Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang 2 hari lepas. Kalau dia ada maruah sudah tentu dia meletakkan jawatan.

Dua kali dia dimalukan di depan khalayak ramai. Pertama ketika di bertanya ' Are You Ready For BN', rakyat jawab 'No' sebanyak 3 kali selepas 3 kali ditanya. Kedua ketika Pengacara memanggil Psy untuk sama-sama menggaul 'Yee Sang', selepas beberapa minit menunggu Psy tidak juga muncul.

Najib terpinga-pinga menunggu Psy yang tidak naik ke pentas walaupun beberapa kali Pengacara yang pakai kain terbelah memanggilnya. Selepas itu meja 'Yee Sang' terpaksa diangkat keluar.

Mana beliau hendak letak muka sehingga diri sendiri sebagai orang nombor satu dalam kerajaan dimalukan sedemikian rupa. Kalau beliau seorang yang bermaruah sudah tentu beliau dapat membaca makna yang tersirat dari tindakan rakyat khususnya mereka yang hadir pada program tersebut.


Comments

The Seven Thing said…
perdana menteri yg terdesak...dulu terpinga pinga n tertunggu2 peluang nk salam ngn obama, tp x di layan...kah kah kah kah...wel done penang people