.

.

13 February 2013

ULAMA' PONDOK KELANTAN SOKONG BN?

Semua Ulama' pondok di Kelantan sokong BN? Benarkah demikian. Baru malam tadi kita mendengar bahawa sebahagian kecil sahaja guru-guru pondok di Kelantan yang menyokong BN. Itupun pondok yang tidak boleh dikategorikan sebagai pondok.

Ketua Dewam Pemuda PAS Kelantan, YB Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata hanya segelintir kecil guru-guru pondok  yang menyokong Umno.

"Itupun kalau kita hendak iktiraf mereka sebagai guru pondok sebab bila kita pergi ke pondok mereka, murid pun tak ada institusi pun tak ada macamana hendak dinamakan pondok"

"Pondok adalah institusi unggul yang ada murid-murid, kelas pengajian dan sebagainya, kalau semua tu tak ada itu bukan pondok namanya" ujar Ustaz Latif yang juga merupakan Adun Mengkebang.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena perasmian Bilik Gerakan PRU 13 Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Baharu di Kota Baharu malam tadi.

Hari ini media melaporkan bahawa guru-guru pondok di Kelantan menyokong BN......nak tergelak kita mendengarnya ............

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter