PRU 13 : RAKYAT SUDAH LAMA BERSEDIA

Pembubaran Parlimen hanya akan dibuat apabila semua pihak termasuk rakyat bersedia menghadapi pilihan raya umum, kata Perdana Menteri Najib Razak.

"Parlimen akan dibubarkan apabila saya sedia dan bila rakyat dah sedia... sekarang ini tugas saya turun padang menerangkan dasar dan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan BN (Barisan Nasional).
    
"Kita mahu rakyat faham satu undi untuk BN... satu undi untuk agenda transformasi negara dan satu undi untuk keamanan dan kestabilan negara untuk masa depan yang lebih cerah lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar, di Papar hari ini.
    
Najib yang juga pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya "bilakah beliau membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum".
    
Apabila ditanya betapa dekatnya pembubaran Parlimen, beliau berkata: "Dekat dah, dekat dah, buat kerja dulu, jangan bimbang".

Rakyat sudah buktikan bahawa mereka bersedia untuk menghadapi PRU 13. Bukti nyata ditunjukkan oleh rakyat Pulau Pinang 4 hari lepas. Apabila Najib bertanya adakah mereka bersedia untuk BN, rakyat menjawab tidak.

Sebenarnya jawapan spontan rakyat pada program Sambutan Tahun Baru Cina itu menyebabkan hati Najib semakin sakit dan tidak keruan. Mungkin sebab itulah Najib terus takut untuk membubarkan Parlimen.

Rakyat sudah lama bersedia untuk menghukum sikap pemimpin BN yang rasuah, mabuk kuasa, boros, zalim dan sebagainya. Kamu tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu..........itu perkataan yang disimpan di dalam hati rakyat!!!!!!!!!!!!!!

Comments

Anonymous said…
Dah lama sedia dah, dh jenuh tunggu dia tu yg tak sedia lagi... dh import warga asing pun masih tak yakin lagi.