MINYAK RON95 PUN BOLEH NAIK HARGA?

Kalau minyak RON97 boleh dinaikkan harga sesuka hati oleh kerajaan apa jaminan RON95 tidak dinaikkan harga? Siapa yang berani menyatakan RON95 tidak akan dinaikkan.

Kerajaan telah beberapa kali menaikkan harga RON97. Tidak ada masalah apa-apa jika RON95 hendak dinaikkan harganya oleh kerajaan. Najib ada kuasa untuk lakukan apa sahaja bagi memberikan pulangan lumayan kepada kerajaan.

Rakyat susah dan sengsara tidak menjadi hal bagi kerajaan kerana rakyat itu sendiri sebenarnya yang rela dan redha dengan tindakan BN ini. Kalau tidak redha sila tolak BN pada PRU 13 nanti.

Comments

Anonymous said…
Ini menunjukkan kerajaan gagal untuk mencari wang daripada pelabur-pelabur luar. Hanya satu cara senang nak dapat wang adalah dengan mencari wang mudah dalam negara seperti menaikkan harga minyak, kan senang dapat wang segera daripada rakyat (yang didahulukan). Sudah jelas ekonomi negara semakin teruk.