Benarkah PAS dan Umno akan bersatu. Ikuti hujah-hujah YB Datok Mahfuz Omar di bawah ini.
i) Bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan “Umnolah yang menjajah” bumi dan rakyat Malaysia, bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia, mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.
2) Bagaimana boleh “kami PAS bersatu dengan golongan, yakni Umno yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng, porno, maksiat dan mempersendakan hukum Allah s.w.t.”
3) PAS akan terus memperjuangkan usaha untuk meminda perlembagaan dan undang-undang agar badan keadilan dan perundangan benar-benar bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen.
4) Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pendaftar Pertubuhan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.
5) 'Kembalikan 'supremacy' Parliamen yang telah dinodai oleh kerajaan Umno dan BN semenjak merdeka lagi.
6) Jika Umno jujur, dia bentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang. Kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu,” katanya.
7) PAS menentang Umno bukan kerana ia Umno tetapi kerana mereka “merompak negara dan mereka (parti Umno, bukannya ahli-ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara.”.
Dipetik dari Malayisa Insider
Comments