RON97 NAIK: RAKYAT MESTI TUKAR KERAJAAN PADA PRU 13

Rakyat sudah sengsara sekarang ini sudah tentu akan lebih sengsara dengan kenaikan petrol RON97. Mengapa? Kita semua kena ingat bahawa banyak lori, enjin, peralatan lain menggunkana RON97 sebagai bahanapi berbanding RON95. Ini bermakna bila RON97 naik harga maka sudah tentu kos pengeluaran meningkat dan harga jualan juga pasti meningkat.

Malangnya kerajaan yang melaungkan slogan rakyat didahulukan langsung tidak melihat perkara ini sebagai beban kepada rakyat. Kerajaan sengaja menyembunyikan fakta ini sehingga rakyat seolah-olah tidak terasa dengan kenaikan ini. Kerajaan sering mendakwa rakyat bawahan tidak terkesan dengan kenaikan ini kerana ramai yang menggunakan RON95 sedangkan sebenarnya kesan kenaikan harga barang akibat kenaikan RON97 amat terasa.

Rakyat mesti sedar akan perkara ini. Kerajaan BN jelas dan terbukti sudah tidak berupaya untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat lantaran kegagalan mereka menguruskan kenaikan harga minyak dunia. Kerajaan BN yang boros dan sering membazir sudah tidak layak untuk menjadi kerajaan kerana sering memangsakan rakyat bila kerajaan tersepit. Sudah sampai masanya rakyat menukar kerajaan yang lembap, lemah, membazir dan zalim ini dengan kerajaan baru pada pRU 13 nanti.

Media melaporkan hari ini bahawa harga petrol RON97 mengalami kenaikan lagi - 20 sen untuk dijual RM2.90 seliter mulai hari ini. Ia kenaikan kali kedua sepanjang April-Mei tahun ini.

Bagaimanapun harga petrol RON95 tidak mengalami sebarang perubahan.

Harga petrol RON97 juga mengalami kenaikan 20 sen seliter pada 2 April lalu dan dijual RM2.70 seliter sejak itu.

Kenaikan kali ini adalah peningkatan keempat tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.

Seperti sebelum ini kerajaan tidak mengumumkan perubahan harga RON97.

Comments

Anonymous said…
Rakyat terkena kenaikan harga minyak sebab BN haram jadah Naik Minyak
Anonymous said…
pakai lah ron95
Anonymous said…
Kenaikan RON97 membuktikan bahawa tiada jaminan bahawa kerajaan tidak akan menaikan RON95. So apa lagi, tukar pemerintahan BN kepada PR.

PR mempunyai kecenderungan menunaikan janji berbanding dengan BN.