2 SAYAP UTAMA PAS MELAKA DAPAT KETUA BARU

2 sayap utama PAS Melaka iaitu Dewan Pemuda dan Muslimat mendapat ketua baru apabila penyandang jawatan pada penggal lalu tidak mempertahankan jawatan masing-masing. Bekas calon PRK Merlimau, Hj Yuhaizad Abdullah dan Hajah Kintan Man dilantik mengetuai Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Negeri pada Muktamar masing-masing semalam.


Yuhaizad menggantikan Ustaz Kamaruddin Sidek yang melepaskan jawatannya atas faktor umur manaakala Kintan menggantikan Dr Hajah Khatijah Jumangat.


Timbalan Ketua Dewan Pemuda disandang oleh Ustaz Musa Mohamad manakala Naib Ketua diamanahkan kepada Yuzi Azhar Yosof. Timbalan dan Naib Ketua Dewan Muslimat penggal lalu iaitu Hajah Shopiah Ahmad dan Hajah Aziah Saad mempertahankan jawatan masing-masing tanpa bertanding.


Dewan Pemuda mengadakan Muktamarnya di Hotel Formosa manakala Muslimat di Maahad Ar Rahmah Solok Gaong.

Comments