PASTI BUKIT KATIL AKAN DIROBOHKAN DALAM MASA SEBULAN?

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Jaya Insan, Bukit Katil akan dirobohkan dalam masa sebulan. Semuanya gara-gara hasad dengki dan dendam khianat pihak kerajaan yang benci melihat perkembangan pendidikan Islam di negeri Melaka ini.



Pihak berkuasa sudah pun menawarkan sejumlah wang sebagai pampasan kepada tanah dan bangunan PASTI tersebut.



Tanah dan bangunan PASTI tersebut dibina atas airmata dan jerih payah umat Islam setempat mencari dana untuk membeli peralatan untuk membina bangunan PASTI tersebut. Kini setelah belasan tahun ianya didirikan dan mendidik anak bangsa PASTI tersebut akan dirobohkan dengan rakus, biadap dan zalim.



Penduduk setempat dan simpatisan pendidikan Islam telah beberapa kali mengadakan bantahan aman bagi menyelamatkan PASTI tersebut. Tetapi ianya tidak diendahkan oleh kerajaan zalim dan bongkak negeri Melaka.

Pihak Badan Bertindak menentang perobohan PASTI akan meneruskan bantahan tersebut bagi memastikan institusi pendidikan Islam ini akan terus dipelihara dan tidak dirobohkan oleh pihak zalim ini.


Alasan yang diberikan oleh kerajaan ialah untuk membuat jalan menghubung taman perumahan dengan jalan besar. Perkara ini agak pelik jalan yang akan dibina tersebut adalah bengkok dan tidak selamat. Sedangkan tidak jauh dari kawasan tersebut ada tanah kosong yang jika dibuat jalan ianya tidak melibatkan kos yang tinggi untuk bayaran pampasan. Selain itu jalan yang dibina juga tidak bengkok dan tidak mengundang bahaya kepada pengguna jalan tersebut.


Sudah terbukti bahawa keputusan untuk membuat jalan menggunakan tanah yang menempatkan PASTI adalah berniat jahat kerana mereka yang terlibat benci melihat perkembangan Islam dan juga sambutan rakyat terhadap ceramah PAS yang sering diadakan di kawasan tersebut.

Comments

Anonymous said…
ini la sifat orang yg bertopengkan yahudi...islam xnk diamalkan,bersumpah pndai nk ikut islam...