Tahniah kepada Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam kerana terlalu yakin bahawa BN Melaka akan menang 26 dari 28 kerusi Dewan Undangan Negeri di Melaka termasuk 3 kerusi dari 5 kerusi yang dimenangi oleh DAP sekarang.
3 kerusi tersebut kemungkinan besar ialah kerusi Bacang dan Ayer Keroh serta Kesidang.
Mengapa beliau tidak mendakwa boleh menang semua 100 % barulah Najib yakin akan kehebatan Mohd Ali. Kehebatan sebeginilah lawan dan kawan akan hormati. Kalau menang 100 % sudah tentu saham dan imej Ali Rustam akan naik mencanak dan sudah tentu peluang untuk menang pada pemilihan Umno untuk jawatan Timbalan Presiden akan lebih cerah.
Mohd Ali sepatutnya belajar dari Khir Toyo sebelum PRU 2008 yang meletakkan sasaran 0 (zero) pembangkang di Selangor. Sepatutnya Mohd Ali juga meletakkan target zero pembangkang di Dun Melaka. Baru nampak hebat.
Blog ini memang berpendapat bahawa keyakinan Ali untuk menang 26 kerusi (malah menang semua pun) itu ada asasnya kerana BN telah lama bekerja kuat merasuah, menyogok dan mengugut pengundi pada setiap kali pilihanraya samada umum atau kecil.
Tidak cukup dengan duit, habuan dan ugut BN juga menggunakan umpan pekerjaan, kontrak dan sebagainya untuk memastikan penyokong PR berubah arah menyokong BN.
Pada PRK Merlimau baru-baru ini contohnya duit mengalir macam air. Majoriti pengundi diberikan wang RM100 setiap orang pada hari mengundi. Itu belum dikira sebelum hari mengundi dan barangan lain. Ada juga yang menerima sogokan dan rasuah dalam bentuk fizikal seperti barang-barang dan alatan.
Hebat sungguh BN menentang hukum Allah yang mengharamkan rasuah. Apa agaknya hukum orang yang menang dengan cara rasuah dan apa pula hukumnya wang elaun dan gaji yang diperolehi oleh wakil rakyat yang menang dengan cara tidak halal.
Syabas kepada BN kerana berani melakukan semua itu..............
Comments