AL FATIHAH BUAT ZAIDI BIDIN

Semalam saya menerima sms dari Prof Madya Bodurol Hisham menyatakan sahabat seperjuangan Zaidi Bidin meninggal ketika mendaki gunung. Terkejut saya kerana sebelum ini ada juga berborak dengan Zaidi dalam FB.

Zaidi di USM dulu adalah anak usrah saya ketika beliau di tahun 1 atau 2 dah lupa. Beliau memang seorang yang unik. Selepas beliau belajar di USM dalam bidang Geofizik beliau menghilangkan diri entah ke mana. Sehinggalah saya bertemu dengannya dalam FB tahun lepas.
Masih terngiang-ngiang suaranya memanggil dan mengusik saya dengan paggilan manja Abang Sofi. Beliau memang seorang yang lemah lembut dan menghormati orang lain. Sahabat karibnya adalah Munawwir Azizan teman seangkatannya. Ketika Munawwir menjadi Presiden PMIUSM, Zaidi adalah Setiausahanya. Seorang yang aktif berpersatuan dan berjemaah.
Semasa di USM beliau tidak pula menunjukkan minat untuk mendaki gunung. Mungkin beliau menemui hobi baru itu selepas menamatkan pengajian di USM.

Beliau berasal dari Simpang Pertang Negeri Sembilan. Gambar di atas saya ambil dari Google taks silap di ambil pada tahun lepas. Untuk melihat lebih banyak gambar beliau sila ke facebook beliau search Zaidi Bidin, banyak sekali gambar beliau mendaki gunung.

Allahyarham Zaidi, akan ku kenang sehingga ke akhir hayat. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin. Al Fatihah.
Nukilan : Sofi Wahb dihantar ke Blog ini melalui email.

Comments

Ibnul Munzir said…
Innalillahi wainnaa ilaihi roji'uun...

Allahyarham juga sahabatku yang baik. Beliau selalu menunjuk-ajarku BI semasa di matrikulasi II dahulu...

Al-Fatihah...
Anonymous said…
Anak usrah den gak masa matrik tu.

Lps tu dah lost contact.

Semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya dan bersama para solehin.

A. Roni