MALAYSIA SYURGA PEROGOL

Sebanyak 9,575 kes rogol di bawah umur direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh lima tahun sejak 2005, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Abu Seman Yusop berkata statistik yang direkodkan PDRM itu menunjukkan jumlah kes yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah umur.

Jika dikira secara purata dari 9575 kes rogol dari 2005-2010 ini bermakna 1596 kes berlaku setahun atau 133 kes sebulan atau 4.4 kes rogol berlaku sehari.

Data ini jelas menunjukkan bahawa kes rogol di Malaysia sudah berada di tahap kronik. Malangnya kerajaan gagal menangani isu ini.

Abu Seman Yusof memberitahu bahawa antara langkah yang diambil PDRM ialah memberi perkhidmatan kaunseling kepada mangsa dan akan merujuk mangsa kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat jika memerlukan perlindungan.
Sepatutnya jika kerajaan yang ada sekarang adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab mereka akan mencari punca sebenar mengapa kes rogol ini semakin banyak. Antaranya ialah kerana tiada langkah untuk mencegah kemungkara, malah program mungkar dan maksiat digalakkan oleh kerajaan, bukannya mereka hendak cegah malah galakkan pula. Kemungkaran berlaku di mana-mana. Program-program maksiat menjadi daya penarik untuk program kerajaan dan NGO.
Selain itu pusat pelacuran, hotel murah, pub, night club tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Pendedahan aurat berlaku di mana, video lucah, rancangan TV yang separa lucah, buku dan video lucah boleh didapati dengan mudah, lemahnya didikan agama dan sebagainya menjadi antara sebab penting nafsu syahwat tidak dapat dikawal dan terbuak-buak.
Lebih parah lagi ramai di kalangan mereka takut untuk berkahwin lantaran belanja mas kahwin dan kenduri kahwin yang tinggi. Akhirnya jalan untuk melepaskan hawa nafsu yang tidak dapat dikawal ialah dengan merogol.
Sudah tiba masanya kerajaan memikirkan perkara ini dengan serius. Jalan penyelesaian yang terbaik ialah kembali menghayati Islam dalam semua perkara dan kedua laksanakan hukum Islam seperti hudud dan takzir dan lain-lain

Sumber berita asal Bernama (14 Mac 2011).

Comments

Anonymous said…
Bersama-samalah kita mengatasi masalah ini.. Jgn asyik nak tuding jari kat kerajaan jer..