MUKTAMAR PAS : KERAJAAN PERPADUAN VS ERDOGAN?

Media nampaknya cuba mengungkit dan membesar-besarkan pertembungan di dalam PAS. Mereka mencetuskan semula kumpulan-kumpulan yang mereka gelarkan Kerajaan Perpaduan (UG) dan Erdogan.
UG adalah kumpulan yang dikatakan cenderung untuk bergabung dengan kerajaan yang menolak dan meminggirkan Islam yang memerintah Malaysia sekarang. Manakala Erdogan dikaitkan dengan individu yang kuat mendokong idea PAS baru dan menyokong penuh Tahaluf Siyasi yang sedang diamalkan oleh PAS sekarang.
Bagi blog ini kumpulan-kumpulan itu sebenarnya tidak ujud secara rasmi tetapi hanya individu-individu yang mungkin mempunyai pandangan yang agak berbeza dengan individu lain maka mereka dilabelkan dengan 'labelling' masing-masing.
Pada hal bagi blog ini, itu semua adalah mainan musuh yang sentiasa mencari jalan untuk memporak perandakan PAS. Semua pimpinan PAS komited untuk mempertahankan Tahaluf Siyasi dan meroboh rangkaian penindas dan penzalim. Ahli PAS diajar supaya mempertahankan Islam walau dalam keadaan sekalipun. Tidak perebutan jawatan seperti yang berlaku di dalam Umno dan parti lain.
PAS bersih dari masalah rasuah, fitnah dan dengki-mendengki semasa pemilihan tidak sebagaimana Umno. MCA dan sebagainya yang terpaksa menangguhkan pemilihan parti kerana takut berpecah.

Comments

Ahli PAS Kampongan said…
Tuan, suka atau tak suka hakikat nya memang telah ada dua kumpulan tersebut. pada muktamar ini terpulanglah kepada jemaah dengan menilai apa yang telah lihat sepanjang 2 tahun lalu. Kita juga mesti berani berubah sebelum mengajak rakyat berubah.