PAS sememangnya tidak pernah sebarang kerusi di Melaka. Ramai beranggapan sukar untuk PAS menang di Melaka. Namun itu semua kerja Allah. KekuasaanNya tidak dapat diatasi oleh sesiapa jua.
Terbayangkah kita bahawa negeri Selangor yang dipimpin oleh Khir Toyo tumbang pada PRU 2008. Khir Toyo dan pimpinan Umno Selangor sehingga ke hari ini masih bermimpi pergi ke pejabat Kerajaan Negeri Selangor kerana tidak menerima kenyataan bahawa mereka adalah pembangkang di Selangor.
Begitu juga di Melaka, siapa dapat menjamin bahawa PAS tidak akan mendapat sebarang kerusi di Melaka. Kuasa Allah tidak akan dapat dilawan oleh sesiapa juga.
Rakyat boleh berubah dengan hidayah dari Allah. Hati manusia boleh luntur dan lembut dengan hidayah dan rahmat Allah.
BN dan Ali Rustam jangan mendabik dada kononnya mereka akan berkuasa sampai bila-bila. Kaum Thamud dan Aad yang membina istana mereka dengan memahat batu pun boleh tumbang dengan kekuasaan Allah. Apalah sangat dengan BN jika dibandingkan dengan kerajaan Fira'un, Thamud dan sebagainya.
Lantaran itu mungkin ada yang pengsan jika nanti ditakdirkan PAS berjaya memenangi kerusi Dun pada PRU ke 13 nanti. Macam peristiwa di Selangor seorang bekas YB meninggal tidak lama selepas BN tumbang di Selangor.
Comments