BUKU MAHATHIR : BANYAK FAKTA MENGELIRUKAN


Buku A Doctor In The House : The Memoir of Tun Dr Mahathir Mohammad mempunyai banyak fakta yang mengelirukan dan juga tidak benar. Buku tulisan mantan Perdana Menteri itu jelas menunjukkan bahawa sikap beliau yang tidak mahu mengaku kesilapan dan kesalahan beliau.

Kalau kita menelusuri buku itu ternyata beliau seolah-olah seorang yang maksum tidak ada langsung kesalahan yang beliau lakukan. Sedangkan semua orang tahu pada zaman pemerintahannya lebih 20 tahun terlalu banyak peristiwa hitam, penindasan, kezaliman dan salah laku yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan beliau.

Di bawah ini dinyatakan beberapa peristiwa hitam yang sehingga ke hari ini ada yang belum selesai dan memerlukan perbicaraan semula kerana ia benar-benar dilihat tidak adil :-

1) Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan sahabat-sahabatnya.

2) Pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas

3) Pemecatan Allahyarham Ustaz Ishak Baharom sebagai Mufti Kerajaan Negeri Selangor.

4) Perderhakaan terhadap Raja-Raja Melayu apabila kuasa baginda dikurangkan melalui pindaan perlembagaan.

5) Tangkapan zalim di bawah ISA seperti Operasi Lalang 1987 dan lain-lain

6) Kegagalan membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu bermula 1999.

7) Tuduhan Liwat ke atas Anwar Ibrahim dan pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri

8) Kezaliman ke atas rakyat dalam siri demonstrasi aman

9) Menarik balik bantuan perka pita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sehingga banyak SAR ditutup

10) Mendera kerajaan Kelantan dan Terengganu dengan melambat-lambatkan geran kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.

11)Berlakunya kemelut dalam Umno sehingga Umno berkubur. Umno yang ada sekarang adalah Umno baru ciptaan Mahathir.
12) Anak-anaknya menjadi jutawan dengan menjadi Pengerusi kepada ratusan syarikat.

13) Mengongkong dan memastikan agensi-agensi kerajaan seperti SPR, JPN dan lain-lain supaya tunduk kepada parti politik bukan kepada rakyat.

14) Berkuburnya Bank Bumiputera iaitu sebuah bank orang Melayu.

15) Dasar PPSMI yang menyebabkan Bahasa Melayu menjadi kucing kurap di Tanah Air sendiri.

16) Saiz tanah melayu semakin berkurangan

17) ...........dan banyak lagi.

Blog ini sangat bersetuju dengan pandangan Prof Dr Aziz Bari tentang buku ini. Antara lain Aziz Bari berkata bahawa semua pihak perlu menilai buku tersebut kerana setengah dari apa yang diperkatakan oleh Mahathir adalah tidak berasas.

Aziz berkata buku tersebut menggambarkan setiap perbuatan Mahathir adalah betul tanpa kesalahan tetapi perkara sebaliknya berlaku terhadap orang lain. Maknya apa yang Mahathir buat semua betul manakala orang lain buat semua tidak betul.

Menurut Aziz, contoh yang paling hampir ialah pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas yang didakwa kerana mengadu bunyi bising akibat penambahbaikan istana negara yang menganggu kehidupan peribadinya. Jika tindakan sebegini menyebabkan dia dipecat maka ini adalah tidak wajar.

Aziz menambah bahawa banyak perkara yang diperkatakan oleh Mahathir dalam buku hanyalah untuk kepuasan hatinya.

Comments

Anonymous said…
jumpa ular jumpa negro pukul mahathir

generasi bundle