PRK KT : BN SEMAKIN TERDESAK ~ Ref Malaysiakini

Maklumat terbaru yang diperolehi dari beberapa sumber menunjukkan BN semakin terdesak di Kuala Terengganu. Tinjauan rambang beberapa pihak mendapati bahawa 55 % pengundi Melayu 70 % pengundi Cina akan mengundi calon PAS. Jika momentum ini kekal, bermakna BN akan tewas dengan majoriti yang lebih antara 2,000 hingga 5,000 undi.

Kecenderungan pengundi Cina untuk mengundi PAS paling ketara dilihat di peti-peti undi DUN Bandar. Menurut para pemerhati pengundi Cina beralih angin kerana sikap Timbalan Perdana Menteri dan Calon BN serta Menteri Besar Terengganu yang jelas kelihatan ego dan bongkak semasa menjalankan kempen. Antara perkara yang menimbulkan kemarahan pengundi Cina ialah tindakan pimpinan BN yang mengarahkan Markas DAP ditutup sedangkan tidak ada alasan yang munasabah mengapa ia mesti ditutup.

Selain itu pengundi Cina juga berasa terhina dengan tindakan BN yang cuba merasuah mereka dengan pemberian wang. Mereka benar-benar rasa tercabar seolah-olah pengundi Cina tiada maruah sehingga sanggup dibeli dengan wang ringgit.

Bagi pengundi Melayu ternyata tidak banyak perubahan yang dapat dilihat berbanding dengan keputusan Pilihanraya Umum 2008 lalu. Namun begitu faktor calon BN yang tidak popular dan dikatakan sombong menyebabkan kira-kira 5 % undi melayu berpihak kepada calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut yang ternyata jauh meninggalkan calon BN dari segi karisma, kemesraan, penampilan, pengalaman, kepetahan berhujah dan personaliti.

Terbukti kemenangan Allahyarham Dato' Razali Ismail pada PRU 2008 yang lalu adalah disebabkan hubungan beliau yang baik dengan orang kampung, pendidik dan juga faktor keluarganya yang ramai dikalangan ahli dan penyokong PAS. Ramai penduduk tempatan berpendapat Wan Farid tidak berjaya mengekalkan sokongan mereka kepada BN kerana sifatnya yang dilihat sombong, ego serta tidak ramai saudara-mara. Selain itu warga pendidik juga dijangka memberikan undi protes kerana tindakan kerajaan BN tidak menghapuskan PPSMI. Pada 2008 dahulu, warga pendidik ini sudah pasti mengundi PAS tetapi disebabkan jasa dan hubungan baik mereka dengan Razali mereka tidak sampai hati untuk menolaknya.

Saya yakin jika momentum ini kekal maka malam besok PAS dan PR akan bertambah gemilang masa depan dan kemenangan ini benar-benar memberi suntikan baru kepada PR dan tamparan kepada BN terutama Najib.

Comments