Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak menunjukkan sikap ego dan keras kepalanya apabila memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Losong menyebabkan penyokong PAS membuat bantahan kepada SPR.
Najib telah memasuki pusat pengundian tersebut bersama beberapa orang penyokong BN tanpa rasa malu dan bersalah sedangkan beliau tidak ada hak untuk berbuat demikian.
Dilaporkan juga dari raut wajahnya terpancar keresahan Najib kerana dari tinjauan yang beliau buat sendiri rata-rata pondok panas BN kurang dikunjungi oleh pengundi berbanding pondok panas PAS. Keadaan amat ketara terutama di DUN Wakaf Mempelam, Batu Burok dan Bandar. Sementara di DUN Ladang ada beberapa peti undi dilihat keadaan adalah agak seimbang walaupun dipercayai PAS masih berada di depan.
Comments