PRK KT : SIAPA YANG PERINTAH TERENGGANU ALI RUSTAM TIDAK TAHU? ~ Ref Malaysiakini

Dalam ceramah Politik di Kampung Tok Jamal, Wakaf Mempelam di Kuala Terengganu 11 Januari lalu Ketua Menteri Melaka berkata PAS hanya membuat janji kosong pada setiap kali Pilihanraya.
"Sudah lima penggal Wakaf Mempelam dikuasai oleh PAS. Kita lihat sendiri apa yang mereka sudah berikan kepada rakyat di sini, kecuali janji-janji kosong. Nak beri projek, jauh sekali kerana pemimpin PAS hanya jumpa pengundi masa nak pilihanraya sahaja. Bila dah menang, mereka hilang. Kemudian bila nak pilihanraya, mereka datang sekali lagi jumpa rakyat janji itu dan ini," tegas Mohd Ali.
Saya hairan mengapa Ali Rustam menuding jari kepada ADUN PAS sedangkan negeri Terengganu diperintah oleh BN sejak hampir 50 tahun kecuali pada tahun 1957-1959 dan 1999-2004. Sepatutnya kerajaan negerilah yang menjalankan pembanguanan di kawasan terbabit bukannya wakil rakyat atau ADUN. ADUN hanya berperanan untuk menyampaikan maklumat dan pandangan kepada kerajaan di samping menjadi penggubal dasar kerajaan.
Malah lebih teruk dari itu macamana ADUN PAS dapat mentadbir dan menguruskan DUN nya jika kerajaan negeri BN sendiri menarik peruntukan untuk ADUN pembangkang sedangkan ADUN BN mendapat peruntukan ratusan ribu setahun untuk tujuan pembangunan dan projek-projek kecil.

Kepada Mohd Ali saya cadangkan supaya beliau bercakap dengan lebih cerdik kerana rakyat Terengganu khususnya pengundi DUN Wakaf Mempelam jelas lebih bijak dan pandai berbanding dengan pengundi di Melaka. Mungkin Ali boleh menipu pengundi di Melaka tetapi tidak semudah itu untuk menipu pengundi Wakaf Mempelam dan Kuala Terengganu.

Comments

Anonymous said…
Malunya aku sebagai orang Melaka punya Ketua Menteri setaraf baghal. Nak bodohkan orang macam dia pandai sangat. Tapi masih ramai yang dok universiti suka jadi bodoh dengan gelaran profesor kangkung.
Anonymous said…
Ali kata pas hanya janji bila nak pilihanraya, yang dia tu sejak bila datang ke terengganu...nak pilihanraya baru nak datang terengganu...itu pun ada agenda..maklumlah bakal timbalan perdana menteri...