Wahai pengundi tulen (bukan pengundi hantu) mari sama-sama kita renung sejenak beberapa pesanan dan saranan saya untuk kebaikan bersama :-
1) Mengundi bukannya suatu perkara remeh. Semua kerja buat kita diperhatikan oleh Allah. Jika kita mengundi dan melantik pemimpin yang bersekongkol dengan kerajaan untuk meluluskan judi, arak, undang-undang zalim dan sebagainya ...semuanya akan dikira oleh Allah
2) Jadilah kita seorang yang bermaruah. Janganlah kita menurunkan diri kita sama taraf dengan makhluq yang tiada akal yang hanya mementingkan nafsu sahaja. Jika kita diberi duit supaya mengundi BN kita ambil duit tersebut, tetapi undi kita mesti kita tentukan dengan iman dan kebenaran.
3) Jika kita diugut supaya mengundi BN janganlah kita takut kerana ugutan itu adalah ujian untuk kita. Mereka tidak akan melakukan apa-apa keatas kita kerana Allah sentiasa bersama kita. Malah undi sebenarnya rahsia kecuali ada penipuan dan penyelewengan oleh SPR.
4) Sebelum mengundi renungkan akan keburukan dan penyelewengan yang dilakukan BN. Pemimpin BN kaya raya; rakyat miskin papa kedana; murtad berleluasa BN biarkan sahaja; rakyat susah untuk cari makan BN bazirkan duit buat Monsson Cup, Pulau Wan Man dan lain-lain; pemimpin senyum rakyat menderita barang mahal berganda-ganda; Allah wajibkan gunakan hukum Islam, BN dan Umno tolak hudud terang-terangan.
Kepada Pengundi hantu saya ingin berpesan ...
1) Kerja yang anda lakukan adalah salah disisi agama kerana bersekongkol dengan penipuan
2) Petugas PAS berada di mana-mana hatta di dalam Pusat mengundi. Polling Agent ini sudah pasti akan mengenali dan menangkap anda. Jika anda tertangkap sudah pasti akan akan didakwa kerana kerja yang ada buat sebagai Pengundi Hantu adalah salah di sisi undang-undang pilihanraya. Ada boleh didakwa
3) Janganlah disebabkan duit yang tidak seberapa anda boleh dicucuk hidung untuk tunduk kepada suruhan BN. Jika anda tertangkap buruk padahnya. Anda akan dihadapkan ke mahkamah. Malah Mahkamah Allah di hari kiamat lebih dahsyat lagi.
Comments