PRK KT : PAS MENANG 500 UNDI? ~ Ref Malaysiakini

Saya meramalkan PAS akan memenangi PRK Kuala Terengganu dengan majoriti 500 undi pada 17 Januari ini. Keyakinan saya berdasarkan kepada maklumat yang diterima dari sumber dalaman BN yang semakin membimbangkan mereka.
Kekalahan BN dijangka sebanyak 500 undi itupun diperolehi mereka setelah segala penyelewengan dan penipuan mereka buat antaranya dengan mempengaruhi pengundi pos; penggunaan pengundi hantu dan lain-lain.
Keputusan undi pos diramalkan akan memihak kepada BN sebanyak lebih dari 98 % di mana BN dijangka mendapat lebih dari 800 undi. PAS hanya mendapat kurang dari 40 undi.
Selain itu pengundi hantu tetap memberikan 'kekuatan' kepada BN dengan kerjasama agensi terbabit yang memang terkenal menjadi 'parti-parti komponen BN' sejak dari dulu, kini dan mungkin selamanya.
Jadi BN sekarang ini sedangkan menumpukan gerakerja untuk mendapatkan 500 undi bagi mengalahkan PAS.

Comments

Anonymous said…
CHEATING & VOTE BUYING IN FULL SWING IN KUALA TERENGGANU...More http://margeemar.blogspot.com
Anonymous said…
penutupan tadika KEMAS antara perkara yang buruk yang dibuat oleh parti berpemimpinkan ulama.

begitu rakus bila memerintah.

tak sedar akan implikasi.

almaklumlah.....si ostad dah mula bejinak-jinak dengan Mercedes 280!!!
Anonymous said…
PAS nafi 'tunjang' Pakatan Rakyat
Apr 7, 08 11:29pm
PAS menafikan ia mahu menjadi "tunjang" Pakatan Rakyat seperti digembar-gemburkan media sehingga mengundang reaksi negatif pemimpin-pemimpin DAP.

Timbalan menteri besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob - yang dilaporkan memulakan kenyataan kontroversi itu minggu lalu - berkata beliau tidak bermaksud memaksa DAP dan PKR menerima PAS sebagai teras utama pakatan yang baru diumumkan.

"Pakatan itu masih lagi di peringkat awal yang dipersetujui semua parti pembangkang termasuk PAS, PKR dan DAP. Jadi soal siapa yang perlu mengetuai pakatan itu belum diputuskan.

"Sesiapa pun boleh mengetuai pakatan tersebut apabila ia dipersetujui semua ahli dalam pakatan yang dibentuk," katanya hari ini seperti dilaporkan Harakahdaily.net.

Pakatan, nama awal yang masih di peringkat cadangan, diumumkan 1 April lalu kini menunggu keputusan muktamad daripada setiap satu daripada tiga parti pembangkang itu.

Keputusan menubuhkannya dibuat dalam satu perjumpaan awal minggu lepas yang dihadiri ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang.

Ahmad melahirkan rasa kesal pada laporan-laporan media yang dianggapnya "menyimpang daripada kenyataan asalnya" mengenai isu tersebut.

Memetik Ahmad, agensi berita Bernama pada 2 April melaporkan "PAS wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah Negara Islam."

"Memang ideologi PAS, DAP dan PKR tidak sama, tetapi kita yakin masih ada ruang yang mampu mewujudkan persefahaman bagi memastikan Pakatan Rakyat ini dapat dilaksanakan," beliau dipetik sebagai berkata.

"Tiada halangan untuk PAS wujudkan kerajaan Islam kerana Islam tidak akan mengabaikan mana-mana pihak, apa yang penting ialah kita saling memahami dan sekali gus menjadikan Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada BN."

Menurut media rasmi PAS lagi, kenyataan pemimpin parti itu ditulis mengikut "persepsi wartawan sendiri" dan bukannya menulis apa yang disampaikannya.

Ahmad dilaporkan berkata kenyataannya tidak pernah menyebut soal negara Islam seperti dilaporkan.

Tambahnya, beliau sebenarnya mahu memberi masa kepada mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat memahami mengenai konsep pentadbiran berteraskan Islam yang dilaksanakan di Kelantan sejak lebih 18 tahun.

"Tidak dinafikan kita memerlukan masa untuk memberi kefahaman kepada semua pihak mengenai konsep pentadbiran Islam yang dibawa PAS.

"Buat masa ini biarlah semua ahli dalam pakatan faham sebelum sesuatu itu dilaksanakan. Ini kerana pakatan yang dibentuk dilihat sudah diterima rakyat," beliau, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS negeri, dilaporkan berkata.
Anonymous said…
BN mestilah menang Undi PRK P36 KT sebab:

1. Polis seramai 10000 orang boleh proxy mengundi bagi mereka yang tak minat nak mengundi.
2. Duit royalti bertaburan dan ditabur untuk beli/rasuah pengundi
3. TV3 dan RTM melaporkan seakan-akan PAS langsung tak de chance nak menang... entah2 hilang wang pertaruhan kot.
4. BN guna nama Allahyarham Razali Ismail... bukan nama Wan Farid.
5. Calon BN berbakat dalam karaoke, mesti ramai yang SMS dan mengundi, macam akademi fantasia 7.
Anonymous said…
BN mestilah menang Undi PRK P36 KT sebab:

1. Polis seramai 10000 orang boleh proxy mengundi bagi mereka yang tak minat nak mengundi.
2. Duit royalti bertaburan dan ditabur untuk beli/rasuah pengundi
3. TV3 dan RTM melaporkan seakan-akan PAS langsung tak de chance nak menang... entah2 hilang wang pertaruhan kot.
4. BN guna nama Allahyarham Razali Ismail... bukan nama Wan Farid.
5. Calon BN berbakat dalam karaoke, mesti ramai yang SMS dan mengundi, macam akademi fantasia 7.
Unknown said…
Jangan kecil kezaliman BN. macam-macam tactic busuk ada.
Anonymous said…
PR jangan mimpi......BN akan menang majoriti 1200. Sejarah Ijok akan berulang.