Banyak tipu helah, penyelewengan dan taktik yang digunakan oleh BN untuk menumbangkan lawannya. Antaranya kegiatan seperti di bawah :-
1) Kegiatan membeli kertas undi. Broker akan bertemu dengan para pengundi dan menawarkan para mengundi supaya menjual kertas undi kosong kepadanya dengan harga yang tinggi. Selepas mendaftarkan nama di tempat pengundian, pengundi tersebut akan tidak memasukkan kertas undi ke dalam tong undi. Hanya berpura-pura menconteng kertas dan berpura-pura memasukkannya ke dalam tong undi. Jika Polling Agent tidak memerhatikan betul-betul kemungkinan mereka tidak memasukkan kertas undi dan membawanya keluar untuk dijual kepada broker tadi.
2) Selepas broker-broker ini mendapat beberapa kertas undi beliau yang juga merupakan pengundi di kawasan tersebut akan masuk mengundi dan akan memasukkan semua kertas undi yang dibelinya (setelah dipangkah) ke dalam tong undi. Broker itu akan melipatkan kertas undi tersebut elok-elok dan memasukkannya ke dalam tong. Mungkin mereka tidak boleh membawa banyak kertas undi yang dibeli tetapi saya yakin 4-5 undi boleh dilipat dan dimasukkan serentak ke dalam tong undi. Jadi kemungkinan akan ujud ramai broker untuk satu peti undi. Maka Polling Agent mesti memeriksa kertas undi yang dimasukkan ke dalam tong samada terdapat lebih dari satu kertas undi.
3) Membayar dengan berapa harga sekalipun untuk setiap kad pengenalan pengundi. Jadi pada hari pengundian 'pengundi hantu' akan masuk menyamar sebagai tuan kepada kad pengenalan tersebut. Maka Polling Agent mesti memeriksa betul-betul gambar-gambar tersebut samada ianya serupa dengan orang yang datang mengundi. Selain itu agak sukar untuk kita menangkap pengundi hantu ini jika beliau memperolehi Kad pengenalan klon dengan gambarnya betul.
Banyak cara sebenarnya penipuan boleh dibuat lain kali cerita lagi ...........
Comments