PROJEK MONORAIL DIBANTAH PENDUDUK ~ Ref Malaysiakini

Bandar Hilir : Penduduk Pangsapuri Tun Sri Lanang dekat sini membantah keras pengambilan secara paksa (compulsory acquisition) tanah pangsapuri mereka yang telah dipersetujui secara peribadi di antara pihak Perbadanan Persatuan Penduduk Pangsapuri Tun Sri Lanang dengan Majilis Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB).

Merujuk kepada Warta Kerajaan Negeri Melaka No. 428 bertarikh 3.6.2008, No. Kontrak MBMB/PK/K/2008/04/10 dan juga kepada laporan tanah oleh Tetuan C H Williams Talhar & Wong bertarikh 8hb September 2008.tanah kawasan tersebut akan diambilalih oleh MBMB untuk tujuan membentuk, Membina, menyiapkan, menguji dan mentauliahguna 'Monorail Train', 'Roller Coaster Cyclone' dan 'Glider' di persisiran Sungai Melaka secara 'Design and Build'.
Penduduk Pangsapuri tersebut membantah keras pengambilan tahah tersebut dengan menghantar memo kepada MBMB dengan menyatakan sebab-sebab mereka tidak bersetuju dengan pengambilalihan tanah tersebut.

Di dalam memo tersebut penduduk telah memberikan beberapa alasan mengapa mereka tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Antaranya mereka tidak diberitahu tentang pengambilan tanah pangsapuri oleh pihak Perbadanan Persatuan Penduduk ataupun dari pihak MBMB; tidak ada apa-apa perjumpaan di antara kami sebagai penduduk dengan pihak MBMB ; terdapat kesan mudarat (injurious effect) yang bakal akan berlaku sekiranya pengambilan secara paksa dilakukan.
Menurut mereka antara kesan mudarat yang mungkin berlaku ialah Pembinaan monorail adalah terlalu dekat dengan pangsapuri penduduk-penduduk; pembinaan tersebut akan menyebabkan berlakunya keretakan pada blok-blok pangsapuri tersebut; pembinaan tersebut akan menjejaskan persekitaran kawasan pangsapuri tersebut seperti ancaman pencemaran bunyi, pencemaran asap, 'vibration' dan kemungkinan akan berlaku kejadian yang tidak diingini; pembinaan juga akan menjejas kehijauan (greenery) pangsapuri tersebut kerana pokok-pokok kawasan pangsapuri akan ditebang untuk laluan monorail tersebut; pembinaan tersebut juga akan menjejaskan nilai pasaran pada unit-unit pangsapuri-pangsapuri tersebut; kawasan pangsapuri tersebut bukan satu 'theme park' maka ianya tidak sesuai dengan cadangan pihak MBMB mahupun kerajaan negeri untuk menaikkan tarafnya.Walaupun terdapat akujanji-akujanji oleh pihak MBMB, ianya tidak memberikan satu alasan yang munasabah untuk membina monorail pelancongan di kawasan penduduk.

Menurut jurucakap penduduk selain dari Memorandum ini diserahkan kepada pihak MBMB, ianya akan ditujukan kepada kerajaan Negeri, Kementerian Alam Sekitar dan juga kepada Pejabat Perdana Menteri.Selain daripada Memorandum ini diserahkan kepada pihak Majilis, ianya akan ditujukan kepada kerajaan Negeri, Kementerian Alam Sekitar dan juga kepada Pejabat Perdana Menteri.

Memo bantahan tersebut ditandatangani oleh hampir semua penduduk pangsapuri terbabit.
Gambar dan sumber : damianslyeo

Comments