PRK KT : KUALA TERENGGANU BAGAIKAN BERPESTA ~ Ref Malaysiakini

Bandar Kuala Terengganu bagaikan berpesta malam tadi sehingga kini kerana kelihatan kenderaan mundar-mandir yang menyebabkan bandar ini mengalami kesesakan lalu lintas yang agak teruk. Keadaan berlaku kerana orang ramai yang datang dari luar mula sampai ke sini pada awal malam sehingga sekarang bagi menyaksikan perjalanan pengundian PRK ini yang akan bermula 40 minit lagi.
Orang ramai terutama dari Pantai Barat mengambil kesempatan cuti hari Sabtu untuk sama-sama membantu parti yang mereka sokong.
Sementara itu laporan yang saya terima dari beberapa wakil saya di tempat pembuangan undi seperti di Paloh, Kuala Bekah dan Pulau Musang mendapati para penyokong kedua-dua parti mula berkumpul sambil minum pagi di kawasan berhampiran tempat mengundi sebagai persediaan awal untuk merayu undi.

Comments

merdekablog.com said…
My call to all KT voters:

http://www.youtube.com/watch?v=ijkKuSHOHDo
Anonymous said…
PAS kalah tipis...apabila keyakinan tidak bersandar kepada yang Hak.
saji said…
Dari sudut muamalat Islam, ia perlu dilihat sebagai pesta melaksanakan hukum al-Wakalah atau Wakil mewakil bagi melantik wakil rakyat bagi kawasan parlimen KT atau PO36 yang sama kita raikan pesta hukum berkorban pada hari raya korban yang lalu dan tiga hari tashrik dan lain-lain hukum sepertinya.