CALON BN ATAU WAKIL TIDAK BERANI BERDEBAT ISU ROYALTI DAN PPSMI ~ Ref Malaysiakini

Rakyat Terengganu dan Malaysia masih menunggu apa keputusan kerajaan pusat dalam 2 isu besar iaitu wang royalti minyak dan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Lantaran itu beberapa NGO dan parti politik berusaha untuk mengadakan forum, debat dan perbincangan dalam 2 isu tersebut. Mereka mengambil kesempatan dari PRK Kuala Terengganu bagi membicarakan hal tersebut.

Sepatutnya semua pihak termasuk kerajaan BN dan parti-parti komponen BN sendiri mesti berani untuk bertampil berdepan dengan rakyat. Malah ada baiknya kalau ketiga-tiga calon yang bertanding di PRK Kuala Terengganu mengambil bahagian dalam program yang diaturkan bagi membolehkan rakyat menilai pandangan, keintelektualan, idea dan daya kepimpinan masing-masing.
Malangnya awal-awal lagi calon BN menolak mentah-mentah cadangan pihak yang ingin menganjurkan program ini. Calon BN mesti menyahut pelawaan pengajur bagi membuktikan bahawa beliau seorang yang berjiwa besar, terbuka dan bersedia untuk mendengar serta berusaha menyelesaikan permasalahan yang diutarakan rakyat.

Seseorang pemimpin yang melarikan diri dari masalah rakyat dan tidak mahu mendegar pandangan dan cadangan rakyat merupakan pemimpin angkuh, tertutup dan tidak berpandangan jauh.
Sedangkan calon PAS dilaporkan bersedia bila-bila masa untuk berforum, berdebat dan berbincang atas apa juga topik demi kepentingan rakyat dan negara.
Pengundi Kuala Terengganu mesti mengambil perkara ini sebagai suatu yang serius. Mana-mana pemimpin yang penakut dan pengecut serta tertutup fikirannya tidak wajar diangkat menjadi pemimpin.

Comments

bungaraya said…
Apa yang ditakutkan? Siapa yang pengecut? Kenapa PAS diam di Pulau Pinang? Kenapa PAS hanya seumpama "Patung" di Perak? Suara PAS jarang kedengaran di Selangor?
Inilah yang dikatakan bukan saja penakut, pengecut malah bacul dan dayus.
Isu Royalty minyak sudah dijelaskan berkali-kali. Kerajaan telahpun buat pengumuman. Apa lagi yang nak diperkatakan. Sehari ada 24 jam. Takan nak berbincang isu royalty 25 jam pula. Masih banyak kerja lain yang hendak dilaksanakan. Royalti minyak telah diputuskan dan telah diberikan pun seebahagianya. Sebahagian lagi bulan 3 depan ini. Isu penggunaan bahasa Inggeris dalam sukatan pelajaran Math dan Sains. Tulikah?
Kerajaan dibawah Kementerian Pelajaran belum lagi buat pengumuman memberikan kata putusnya. Tentunya kerajaan akan membuat pertimbangan yang wajar setelah mengumumkan keputusannya kelak. PAS banyak masa yang terbuang. Ber retorik dalam berbahasan memang kegemaran PAS. Menggunakan dan menyalahtafsirkan ayat suci Al-Quran memang kebijaksanaan PAS. Itu sebab mereka asyik mencabar agar kerajaan bersetuju dengan Perbahasan yang mereka anjurkan. Berbagai provokasi diluntarkan agar kerajaan sanggup mendengar celoteh mereka yang tidak berkesudahan itu. Spt Tok Belanga lagaknya.
Anonymous said…
bunga raya memang bengong, BN yang gadaikan pulau pinang sehingga pulau pinang jadi macam sekarang,siapa yg perintah pulau pinang 50 tahun lalu. BUkankan Umno yg gadaikan pulau pinang ...melayu hanya tinggal di balik pulau dan seberang perai seikit