PRK KT : MAWE AKAN MENANG ~ Ref Malaysiakini

MAWE panggilan manja (YAB Lim Guan Eng) untuk YB Mohd Abdul Wahid Endut akan menang? Itulah persoalan yang dimainkan oleh pengundi dan petugas-petugas PR yang rata-rata yakin MAWE akan menang. Keyakinan mereka ini disandarkan kepada beberapa fakta, antaranya :-
1) PAS memenangi 3 dari 4 DUN di parlimen pada PRU 2008
2) Calon PAS MAWE jauh lebih mesra rakyat dari calon BN, Wan Farid Wan Salleh
3) Kesungguhan jentera PAS jauh mendahului BN yang kelihatan longlai dan tidak bersemangat
4) Sokongan pengundi Tionghua yang secara terbuka menyokong MAWE
5) Perpaduan yang utuh dan kerjasama erat antara PAS, PKR dan DAP terbukti menghasilkan satu pasukan mantap dan dilihat positif oleh rakyat.
6) Perpecahan dalaman Umno Bahagian Kuala Terengganu dan kebimbangan pemimpin Umno untuk berkempen (takut dilucutkan kelayakan bertanding) menjadi BN kian lemah.
....dan lain-lain.
Namun begitu bagi saya keyakinan petugas PR dan pemerhati politik bahawa PR (PAS) akan menang tidak semudah itu. BN sudah pasti menggunakan pelbagai taktik dan helah tidak kira samada ianya mengikut undang-undang atau melanggari undang-undang dan peraturan pilihanraya.
Lihat sahaja permainan mereka dalam media yang terus menjadi kuda tunggangan BN untuk berkempen dan menghentam PR sehingga ke lubang cacing.

Selain itu apa tujuan mereka menghantar pasukan Polis yang jumlahnya tidak masuk akal sedangkan terbukti kempen pilihanraya di sini aman dan tenteram.
Masalah kecelaruan dalam daftar pemilih, pengundi hantu, nama pengundi yang 'overlap' dan hilang terus menjadi igauan buruk kepada PR dan petugas-petugasnya. Percaya BN akan tetap menggunakan taktik bersih maupun kotor untuk memenangi PRK ini.

Comments