PRK KT : DAH TERDESAK BARU KENANG JASA? ~ Ref Malaysiakini

Memang sudah menjadi lumrah dan darah daging BN, bila sudah terdesak apa sahaja mereka boleh buat. Hanya mak dan bapak yang telah mati yang mereka tidak dapat beri yang lain akan mereka usahakan walaupun mungkin sekadar janji.
Semua orang tahu sewaktu Allahyarham Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Razali Ismail masih hidup beliau seolah-olah dilupakan oleh Umno Bahagian. Malah beliau tewas pada pemilihan Umno bahagian di tangan kroni dan geng, Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu Wan Farid. Ada juga maklumat yang mengatakan beliau langsung tidak dilantik menjadi AJK tambahan Bahagian walaupun Wan Farid menafikannya.
Kini setelah beliau tiada, barulah BN dan Umno berusaha untuk membalas jasanya. Itupun kerana BN sudah terdesak akibat penolakan rakyat dan pengundi Kuala Terengganu kepada calonnya Wan Farid.
Maka bermacam-macamlah cara mereka fikirkan untuk memancing undi. Antaranya meluluskan projek mee segera seperti menurap jalan; memberikan projek kepada kontraktor kelas F, mengembalikan wang royalti minyak (sebahagian sahaja); angpau kepada pengundi cina; rasuah politik untuk pengundi dan lain-lain.
Satu lagi perkara yang jelas menampakkan ketidakiklasan BN ialah cuba memujuk keluarga Dato' Razali dan warga guru di Kuala Terengganu supaya mengundi Wan Farid. BN menyedari bahawa rakyat mula sedar tindakan BN yang meminggirkan Allahyarham Razali. Jadi keluarga Dato Razali dan warga pendidik jelas cenderung untuk mengundi PAS.

Maka oleh sebab itulah dengan tidak semena-mena Menteri Pelajaran, Hishammuddin Huseein mengumumkan nama Razali akan diabadikan di sebuah maktab perguruan di utara bandar raya Kuala Terengganu dan sekolah menengah di kawasan parlimen ini.Institut Perguruan Kuala Terengganu di Batu Rakit akan dikenali Institut Perguruan Dato' Razali Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar di Kg Gong Tok Nasek ditukar kepada SMK Dato' Razali Ismail berkuatkuasa Jumaat ini, 24 jam sebelum hari pengundian 17 Januari ini.
Majlis perasmiannya dilaporkan akan disempurnakan oleh Najib.
Malam tadi juga Najib dan Hishamuddin cuba mendekati dan memujuk keluarga Dato Razali dengan menghadiri majlis tahlil di rumah Razali di Jalan Kenanga, Kuala Terengganu.
Jelas sekali BN semakin terdesak sehingga terpaksa mengambil langkah menamakan sekolah dan Institut Pendidikan Perguruan dengan nama Dato Razali demi untuk memujuk keluarga Razali supaya mengundi BN.
Saya yakin warga guru dan waris Dato' Razali tidak semudah itu untuk ditipu oleh BN. Adik ipar Allahyarham Dato' Razali sendiri, iaitu Md Azmi Lop Yusuf ialah penyokong kepada pencalonan calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut. Beliau bersama-sama dengan Dato' Mustafa Ali mengiringi YB Abdul Wahid masuk ke dewan untuk menyerahkan borang pencalonan dan penyokong pada 6 Januari lalu.

Md Azmi juga merupakan bekas ADUN PAS DUN Bandar dan beliau mempunyai pengaruh yang kuat di DUN tersebut.

Comments