Rata-rata pihak yang berkempen di Kuala Terengganu mendapati bahawa pengundi Tionghua memang majoritinya cenderung untuk mengundi PAS. Mereka menyatakannya secara terbuka bukan sorok-sorok lagi. Mereka tidak takut kepada hudud, Islam dan pemimpin parti Islam.
Yang peliknya pengundi melayu pula seolah-olah tidak mahu menyokong Parti Islam yang berjuang atas dasar Islam yang syumul, adil dan sesuai untuk semua tempat dan masa. Mengapa terjadi sedemikian?.
Dari pengamatan saya pengundi Melayu masih lagi tidak terbuka kesedaran politiknya. Sebahagiannya masih termakan dengan rasuah politik berupa duit ratusan ringgit, projek pembangunan mee segera, janji pilihanraya yang belum tentu ditunaikan dan sebagainya. Walaupun mereka sudah ditipu untuk kesekian lagi kalinya mereka masih kekal dengan 'hok lame' tidak mahu berubah.
Pengundi Melayu tidak membeza rasuah politik dengan hak kedaulatan Islam, Melayu dan kebajikan mereka yang semakin dipinggirkan.
Mereka tidak kisah dengan pegangan Islam di kalangan remaja dan orang muda yang semakin terhakis sejak 50 tahun perikatan + BN memerintah.
Mereka tidak kisah dengan penghinaan dan peminggiran Bahasa Melayu dan tulisan jawi angkara Perikatan dulu dan BN sekarang.
Mereka tidak hairan dengan kehidupan mereka yang semakin tertekan dengan terhimpit akibat undang-undang Islam, amalan rasuah, kronisme, harga barangan dan inflasi yang naik mendadak.
Malah ada seribu satu macam lagi masalah orang Melayu yang dianaktirikan oleh kerajaan BN dalam keadaan halus dan mungkin tidak disedari oleh orang Melayu.
Oleh sebab itulah saya meramalkan tidak ada banyak perubahan dari kalangan pengundi Melayu. Andaikata ramalan ini benar, maka keputusan siapa yang akan menang terletak pada undi kaum Tionghua.
Selain itu jangan lupa BN sudah pasti mendahului dengan majoriti lebih dari 800 undi kerana undi pos yang telag diselesaikan semalam. Belum pun bermula proses pengundian BN sudah pun berada di depan.
Comments