PRK KT : BN DAN PAS SAMA-SAMA YAKIN MENANG ~ Ref Malaysiakini

PAS dan BN sama-sama yakin menang pada RPK Kuala Terengganu yang pengundian akan berlangsung esok. Kalau sebelum ini hanya BN yang mendabik dada bahawa mereka akan menang mudah, hari ini PAS pula juga mendakwa akan menang dengan selesa.

Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak sejak dari awal lagi menunjukkan keyakinan yang BN akan mempertahankan kerusi tersebut walaupun mendapat tentangan yang sengit dari PAS. Hari ini Perdana Menteri pula berkeyakinan begitu semasa bertemu media di Kuala Terengganu.

Sebelum ini PAS sentiasa berhati-hati dalam membuat kenyataan akhbar. Mereka sering bersikap 'underdog' dan tidak suka bercakap besar. Namun di kalangan penyokong PAS masing-masing yakin PAS akan menang.

Hari ini Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong buat pertama kali meluahkan keyakinan beliau bahawa PAS akan menang selesa andainya tiada penipuan dan taktik kotor digunakan BN. Menurutnya PAS sekarang ini berada di depan dan meninggalkan BN dengan agak selesa.

Walaubagaimana tidak dapat dipastikan samada dakwaan PAS dan BN ini benar. Yang pasti salah satu parti akan kalah dan satu lagi akan menang. Calon bebas pula tak masuk 'book'.

Esok selepas 11.o0 malam Insya Allah kita akan mengetahui samada takbir bergema atau sorakan BN akan bergegar dalam Dewan Penjumlahan undi. Tetapi kita sebenarnya akan mendapat gambaran keputusan PRK itu lebih awal iaitu kira-kira jam 7.30 atau 8.00 kerana pengiraan di setiap peti undi akan siap dan kita boleh menjumlahnya sendiri. Biasanya keputusan tidak rasmi ini tidak jauh bezanya dengan keputusan rasmi.

Comments