PRK KT : TERBUKTI DATUK BANDAR BIAS DAN SALAHGUNA KUASA ~ Ref Malaysiakini

Keputusan Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Mat Razali Kassim menarik diri sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu membuktikan dakwaan PAS bahawa beliau 'bias' dan menyalahgunakan kuasa adalah benar.
Media hari ini melaporkan bahawa jawatan Razali sebagai Pegawai Pengurus pilihan raya digantikan dengan Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Wan Mustafa Wan Hassan.
Memang BN sedang tersepit sehingga terpaksa menggunakan Datuk Bandar berkempen untuk mempengaruhi staff MBKT mengundi BN. Lebih teruk lagi dengan muka yang tidak malu dan tidak maruah Razali sanggup melakukan perkara tersebut sedangkan beliau sendiri adalah 'Pengadil' kepada Pilihanraya Kecil ini.
Kedudukan Mat Razali mula menimbulkan polemik apabila Pas semalam mendakwa beliau menyalahgunakan kedudukan sebagai Datuk Bandar dengan menyeru kakitangan MBKT menyokong calon BN dalam satu pertemuan tertutup.

Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Wan Abd. Mutalib Embong yang membuat kenyataan itu mendakwa, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana Mat Razali adalah Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Comments