ALTANTUYA : ADC NAJIB ARAHKAN AZILAH BANTU RAZAK BAGINDA ~ Ref Malaysiakini

Setelah lebih 2 tahun kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu berlaku, semalam kes perbicaraan dua orang yang dituduh membunuh Altantuya didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Saya mengutarakan beberapa petikan dari perbicaraan tersebut untuk renungan para tetamu blog ini. Selepas itu saya ingin mengajak para pembaca berfikir tentang hubungan ADC Najib, Razak Baginda, Azilah dan Sirul serta kaitan mereka dengan pembunuhan Altantuya.

Dalam perbicaraan tersebut, Azilah memberitahu bahawa ADC Datuk Seri Najib iaitu Musa Safri menghubungi beliau pada 17 Oktober 2006.

Mereka berdua kemudian bertemu pada keesokan harinya di mana Musa bertanya kepadanya samada sesiapa dari Balai Polis Brickfield yang boleh membantu Abdul Razak Baginda.

Pegawai Unit Tindakan Khas itu menjawab bahawa beliau mengenali DSP Idris Karim iaitu Ketua CID di Daerah itu.

Musa memberitahu Azilah bahawa Abdul Razak ditelah diugut dan mengarahkan beliau bertemu Abdul Razak dan memperkenalkan Abdul Razak kepada DSP Idris.

Selepas menghubungi Abdul Razak melalui nombor yang diberikan oleh kepadanya oleh Musa, Azilah dan Abdul Razak bertemu pada keesokan harinya di pejabat.

Semasa bertemu, Azilah memberitahu, Abdul Razak menyatakan kepadanya bahawa beliau diugut oleh seorang lelaki dan perempuan Cina.

Azilah berkata beliau tidak diberitahu mengapa Abdul Razak diugut dan juga tidak diberitahu berapa jumlah duit yang diminta.

Panjang lagi laporan perbicaraan tersebut .....saya berhenti setakat ini sahaja ...

Sumber : Malaysiainsider

Comments