PRK KT : 72 % KELUAR SEHINGGA PUKUL 4 PETANG, PELUANG PAS CERAH? ~ Ref Malaysiakini

Sehingga jam 4.30 petang tadi kira-kira 74% pengundi telah keluar mengundi. Jumlah ini adalah kurang daripada jangkaan awal SPR yang menjangkakan peratusan mengundi mungkin mencecah 90%. Tidak dapat dipastikan mengapa jumlahnya agak kurang sehingga setakat ini.
Namun apa-apa pun boleh terjadi dalam masa 30 minit lagi di mana masa pengundian akan tamat pada jam 5.00 petang ini. Segala-galanya akan terjawab menjelang jam 8.00 malam ini di mana sebahagian besar proses pengiraan akan tamat sekitar jam 7.30 hingga 8.00 malam. Selepas itu semua undi yang dikira akan dijumlahkan di Stadium Negeri sebelum keputusan rasmi diumumkan.
Namun begitu keputusan awal sudah boleh dijangka kerana sebaik sahaja semua proses pengiraan tamat pada jam 7.30 -8.00 malam nanti. Kebiasaannya semua Peti Undi akan memaklumkan ke Markas Besar PAS dan di sana pihak petugas akan membuat penjumlahan sendiri dan kita akan mendapat keputusan awal sebelum keputusan rasmi dari SPR. Biasanya jumlahnya tidak banyak perbezaan antara keputusan rasmi dan tidak rasmi.
Mengikut SPR pengumuman rasmi akan dibuat sekitar jam 10.30 malam.

Comments