PRK KT : CALON MENGUNDI AWAL ~ Ref Malaysiakini

Sebagaimana tradisi oada Pilihanraya lain, calon-calon yang bertanding akan mengundi awal untuk membolehkan mereka menumpukan perhatian kepada lawatan ke setiap peti undi.
Calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut ditemani oleh isteri beliau Hajah Wan Fatimah dan 5 orang anaknya dilihat membuang undi seawal jam 8.00 pagi di Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga. Beliau dilihat beramah mesra dengan petugas pondok panas PAS sebelum memasuki tempat mengundi.Beliau adalah antara pengundi paling awal membuang undi di Peti Undi tersebut. Sebaik sahaja selesai mengundi beliau dilihat menaiki kereta untuk lawatan ke peti-peti undi yang lain.
Calon BN, Wan Farid juga mengundi awal iaitu pada jam 8.10 pagi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar juga ditemani isterinya.
Cuaca di Kuala Terengganu agak baik sekarang namun kemungkinan hujan tetap ada kerana di beberapa tempat kelihatan mendung.
Polis juga dilihat berkawal dengan jumlah yang agak ramai berbanding PRK lain di semua peti undi.

Comments