PRK KT : BERI UNDI CALON PAS UNTUK HAPUSKAN PPSMI ~ Ref Malaysiakini

Saya menyeru kepada pengundi Kuala Terengganu supaya memberikan undi kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut untuk memberikan isyarat kepada rakyat bahawa mereka tidak bersetuju dengan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Rakyat Malaysia keseluruhannya amat mengharapkan saudara-mara di Kuala Terengganu dapat mewakili mereka menghantar isyarat kepada kerajaan BN supaya menghentikan dasar yang jelas merugikan pelajar-pelajar kita.
Sementara itu Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) memulakan kempennya hari ini bersempena pilihanraya kecil Kuala Terengganu dengan menabur 50,000 risalah dan penyerahan memorandum kepada calon PAS.
Majlis itu disempurnakan oleh bekas profesor matematik dan fizik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Shaharir Mohd Zain di bilik gerakan PKR Terengganu di Jalan Sultan Muhamad.
Selain Mohd Abdul Wahid Endut, turut hadir dalam majlis itu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mustafa Ali.
Sementara dua risalah membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) setakat ini telah diedarkan kira-kira 10,000.

Comments